CARA PERMOHONAN BANTUAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

CARA PERMOHONAN BANTUAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

CARA PERMOHONAN BANTUAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

APA ITU SKIM MESRA USIA EMAS

Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi mula beroperasi pada 1 Oktober 2008.

Sebelum ini Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 2,500.

Walaubagaimanapun, mulai 1 Mei 2019, program khairat kematian telah dihentikan dan digantikan dengan pemberian manfaat semasa hidup untuk semua ahli yang berdaftar di bawah skim ini.

Ahli SMUE akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka. Pemberian manfaat yang dikenali sebagai program Jom Shopping SMUE ini akan diberikan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut.

Baca juga tentang SYARAT & CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT IPT MAIDAM 2020

CARA PERMOHONAN BANTUAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Anda hendaklah buat permohonan di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat bagi melayakkan anda untuk menerima manfaat ini.

Kategori OKU :

  1. Merupakan WARGANEGARA Malaysia; DAN
  2. Tiada had umur bagi pemohon OKU yang lahir di Negeri Selangor; ATAU
  3. Pemohon OKU yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah sedang menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  4. Pemohon OKU bukan kelahiran di Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja; DAN
  5. Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk mengesahkan taraf mastautin pemohon adalah seperti berikut :
  6. Ahli Parlimen/ Senator
  7. ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
  8. Penghulu / Ketua Kampung
  9. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
  10. Pengerusi Taman Perumahan
  11. Nazir / Ketua Tokong / Kuil / Gereja

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan MyKad Pemohon; ATAU
  2. Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (untuk pemohon OKU).

Jika anda bukan dari negeri Selangor  pengesahan taraf mastautin hendaklah dibuat oleh pengesah yang dibenarkan dan mestilah di kawasan tempat tinggal pemohon SAHAJA .

SEMAKAN PERMOHONAN SKIM MESRA USIA EMAS

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

ALAMAT

  • Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.

TELEFON

  • Hotline :03 5481 8800

EMEL

2 thoughts on “CARA PERMOHONAN BANTUAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)”

Leave a Comment