MPPK 2.0 BANK RAKYAT (Program Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil)

MPPK 2.0 BANK RAKYAT (Program Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil)

MPPK BANK RAKYAT

Kepada para ushawan yang menjalan perniagaan secara dalam talian terutamanya kepada penjaja dan peniaga kecil yang ingin menambahkan modal pusingan, kini Bank Rakyat telah memperkenalkan Program Pembiayaan Mikro-i. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan pembiayaan ini, semoga membantu.

PENGENALAN BANK RAKYAT

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau Bank Rakyat telah ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948, dan kini dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DAFIA 2002),  Kementerian Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

 

APA ITU MPPK 2.0 BANKRAKYAT

Objektif Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK) adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pandemik COVID-19.

Skim ini mula diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2022 di mana inisiatif pembiayaan ini bertujuan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID

 

KELEBIHAN PEMBIAYAAN MPKK2.0 BANK RAKYAT

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang akan diperolehi kepada peniaga dan penjaja yang membuat pembiayaan ini iaitu:

PEKARAPENERANGAN
Saiz PembiayaanRM1,000 – RM10,000
Tempoh PembiayaanSehingga 5 tahun
MoratoriumSehingga 1 tahun (12 bulan)
Kadar Keuntungan0%
Semakan CCRIS dan CTOSTiada

 

SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN MPKK2.0 BANK RAKYAT

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan pembiayaan ini:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun
  • Terbuka kepada individu
  • Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterpris secara sepenuh masa
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi
  • Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah

 

CARA PERMOHONAN MPPK 2.0 BANKRAKYAT

Kepada para usahawan Mikro dan Informal yang memenuhi kelayakan dan berminta untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Sila hubungi Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau
  2. Emailkan permohonan anda kepada [email protected] atau
  3. Kunjungi Laman Khas Bank Rakyat

 

MAKLUMAT LANJUT

Bagi maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan MPPK Bank rakyat, ada boleh merujuk salauran berikut:

  • Lawati laman web rasmi Bank Rakyat
  • Hubungi Hotline: 1-300-80-5454

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR SOCSO / PERKESO (Peniaga & Freelance)

 

Leave a Comment