CARA KELUARKAN DUIT ASB 2024(Berapa Limit Di Pejabat Pos & Bank)

CARA KELUARKAN DUIT ASB (Berapa Limit Di Pejabat Pos & Bank)

CARA KELUARKAN DUIT ASB

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB bermula 20 April 2020. Sekiranya anda ingin mengeluarkan duit ASB anda, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU KEMUDAHAN PENGELUARAN ASB SECARA DALAM TALIAN?

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB. Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.

 

CARA & PROSES PENGELUARAN ASB ONLINE

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan dimana had pengeluaran secara dalam talian atau online melalu myASNB dinaikkan ke RM2,000. Berikut adalah penerangan ringkas pengeluaran secara online:

  1. Anda sebagai pemegang unit boleh jual balik atau keluarkan secara online hanya menerusi portal atau aplikasi myASNB sahaja buat masa ini.
  2. Pengeluaran adalah terhad untuk 3 transaksi sahaja sebulan dengan nilai minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi dan maksimum sebanyak RM2000.
  3. Wang hasil jualan balik unit Amanah ASNB akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.
  4. Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak Berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit Amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.
  5. Cara pengeluaran secara online:
    • Layari portal ASNB online  myasnb.com.my
    • Sila klik Log Masuk menggunakan id pengguna,dipaparkan frasa keselamatan,jika betul,klik YA dan isi kata laluan anda.
    • Kemudian klik PORTFOLIO( dipaparkan no ahli dan senarai jenis unit amanah yang anda miliki) klik TRANSAKSI
    • Sila pilih JUALAN BALIK
    • Anda perlu isi ruangan 1 (PENGISYTIHARAN),sila baca terma & syarat yang dipaparkan kemudian tick jika anda bersetuju untuk buat transaksi.
    • Sekarang anda perlu isi ruangan 2 (JUALAN BALIK),sila isi amaun yang diperlukan dan klik BERSETUJU
    • Pada ruangan 3(PENGESAHAN),sila buat permohonan TAC dan isi TAC.Kini pengeluaran duit ASB anda selesai.

 

CARA KELUAR DUIT ASB DI BANK

  1. Pergi ke mana mana kaunter bank yang merupakan agen ASB
  2. Maklumkan kepada kakitangan bertugas yang anda mahu keluar duit simpanan amanah saham bumiputera anda
  3. Anda akan akan diberikan borang jualan balik unit asb anda. Isikan maklumat yang diperlukan selengkapnya
  4. Nombor giliran akan diberikan kepada anda
  5. Sila serahkan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan diri anda
  6. Proses pengeluaran duit diteruskan

Senarai Bank Keluarkan Duit ASB

  • Untuk makluman anda, pengeluaran duit ASB hanya boleh buat di kauter sahaja.
  • Antara senarai bank yang boleh keluarkan asb adalah di kaunter adalah Hong Leong, Alliance Bank, pengeluaran di Maybank, AmBank, Bank Muamalat, Bank Islam, Affin Bank, RHB, Ambank, CIMB, BSN keluar wang tanpa menggunakan buku.

Had Pengeluaran Duit ASB Di kaunter Bank

  • Tiada had pengeluaran asb di kaunter jika nak keluar duit asb anda atau anak anda

 

CARA KELUARKAN DUIT ASB DI PEJABAT POS MALAYSIA

  1. Pergi ke cawangan pejabat pos berhampiran anda
  2. Pastikan anda membawa dokumen kad pengenalan untuk pengesahan cap jari sebelum pengeluaran
  3. Isikan borang jualan balik unit asb terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan selengkapnya

Waktu Pengeluaran ASB Di Pejabat Pos

  • Bagi negeri beroperasi pada hari Ahad: Waktu operasi bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.30 petang
  • Bagi negeri beroperasi pada hari Sabtu: Waktu operasi bermula pukul 8.30 hingga pukul 1 petang

Had Pengeluaran Duit ASB Di Pejabat pos

  • Tiada lagi had pengeluaran untuk keluarkan asb di pejabat pos

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara keluarkan duit ASB,  anda boleh merujuk:

  • Layari pautan web rasmi ASB: www.asnb.com.my
  • Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB: 03 – 7730 8899

 

ARTIKEL LAIN 

CARA RESET PASSWORD MyASNB (Terlupa Kata Laluan ASB Online)

CARA LINK MAE ASB(Senang Nak Semak View Withdrawal Baki ASNB)

2 thoughts on “CARA KELUARKAN DUIT ASB 2024(Berapa Limit Di Pejabat Pos & Bank)”

Leave a Comment