PERMOHONAN PINJAMAN CAPITAL BOOST CREDIT (Senarai Dokumen & Terma)

PERMOHONAN PINJAMAN CAPITAL BOOST CREDIT (Senarai Dokumen & Terma)

CAPITAL BOOST CREDIT

Sekiranya ana pemilik perniagaan dan ingin memerlukan modal tambahan bagi perniagaan anda, kini anda boleh membuat permohonan pinjaman secara digital menerusi Capital Boost Credit. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan serta dokumen dan terma tentang pembiayaan ini, semoga membantu.

 

APA ITU CAPITAL BOOST CREDIT

Capital ialah pembiayaan digital yang disediakan oleh Boost Credit yang membolehkan pengurusan aliran tunai yang lebih cekap untuk pemilik perniagaan. Tanpa penjamin atau cagaran, pembiayaan pinjaman ini menawarkan pilihan yang lebih cekap dan mudah untuk pemilik perniagaan.

 

KELBIHAN PINJAMAN CAPITAL BOOST CREDIT

Berikut adalah merupakan kelebihan kepada peniaga sekiranya memohon pinjaman ini iaitu:

  • Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM 1,000 sehingga RM 100,000
  • Tempoh pembiayaan adalah selama 12 bulan
  • Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan manakala jumlah kadar keuntungan adalah sebanyak 18.0%
  • Pembiayaan yang ditawarkan Boost Credit adalah patuh syariah dan berasaskan konsep komoditi Murabahah.

 

SYARAT PINJAMAN CAPITAL BOOST CREDIT

Berikut adalah merupakan atara syarat asas yang ditetapkan bagi pinjaman ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia / penduduk tetap (Permanent Resident) di Malaysia
  • Berusia 18 hingga 65 tahun
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah bersifat patuh syariah

 

KADAR PINJAMAN BOOST CREDIT

Menerusi pinjaman ini anda boleh membuat pinjaman sehingga Rm 100,000 dalam masa 48 jam (2 hari bekerja).

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut semasa membuat permohonan secara atas talian iaitu:

  • Kad Pengenalan
  • Butiran 6 bulan terakhir mengenai perniagaan yang telah didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkaitan.
  • e-penyata bank bagi akaun perniagaan (e-statement). Hanya salinan PDF rasmi diterima

 

PANDUAN SEBELUM PERMOHONAN PINJAMAN BOOSTCREDIT

Pastikan anda mengikuti panduan ini sebelum membuat permohonan pinjaman ini secara online iaitu:

KEPERLUAN ASASPILIHAN TAMBAHAN
  • Mempunyai akses kepada fungsi kamera untuk mengambil swafoto (selfie) dan gambar MyKad anda
  • Pastikan MyKad bersama anda untuk kami mengesahkan identiti anda
  • Gunakan penyemak imbas yang disokong seperti Google Chrome, Apple Safari.
  • Pastikan anda mempunyai maklumat perniagaan seperti yang berdaftar dengan SSM
  • Sediakan e-penyata akaun bank perniagaan 6 bulan terkini anda untuk kami menentukan jumlah pembiayaan yang paling optimum untuk anda
  • Sediakan e-penyata akaun bank perniagaan 6 bulan terkini anda untuk kami menentukan jumlah pembiayaan yang paling optimum untuk anda

Nota: Anda HANYA boleh memuat naik e-penyata akaun bank peribadi JIKA perniagaan anda adalah milik tunggal atau enterprise.

 

CARA PERMOHONAN CAPITAL BOOST CREDIT

Kepada para peniaga yang berminat untuk membuat permohonan pinjaman, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Layari pautan Permohonan Pembiayaan Boost Credit
  2. Baca panduan yang tertera dan klik Saya Bersedia
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat dan ikuti proses permohonan anda sehingga selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Pembiayaan Boost Credit, anda boleh merujuk saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PINJAMAN TOYOTA CAPITAL (Pembiayaan Kenderaan)

Leave a Comment