CARA PELABURAN TAHUN 2020 YANG SEPATUTNYA ANDA CUBA

pelaburan 2020

Konsep pelaburan sebenarnya sangat luas dan semakin berkembang setiap hari. Pada hari ini kita perlu sentiasa fleksibel dan bergerak seiring dengan masa dan zaman supaya pelaburan yang kita laksanakan bukan sahaja mendatangkan hasil yang lumayan malah sesuai dengan masa dan situasi terkini, terutamanya pada era tahun 2020.

Kenapa kita perlukan melakukan pelaburan walaupun kita berada pada tahap yang selesa pada hari ini ? Jawapannya sangat banyak, tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita sedar tentang keupayaan kita bekerja bukan nya semakin meningkat berdasarkan peningkatan angka umur kita. Apabila usia semakin meningkat, kita tidak lagi mampu berkerja gaya orang muda. Masa kita juga semakin terhad, jika kita tidak mulakan pelaburan lebih awal, mungkin kita semakin kesuntukan masa untuk diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan.

PELABURAN MASA
Menggunakan masa yang kita anda 24 jam untuk perkara yang berfaedah seperti menuntut ilmu, membaca dan bergaul dengan rakan yang berguna. Selagi anda tidak mampu mengurus, melaburkan masa anda dengan baik, jangan harap anda menjadi pelabur yang baik tahun 2020 dan akan datang. Contoh pelaburan masa yang dicadangkan adalah :
1. Membaca dan mengkaji sesuatu yang kita minat dan boleh menjana pendapatan seperti cara menjual sesuatu barang

2. Perbaiki cara kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang sekeliling. Perkara ini boleh dipelajari sebenarnya sekiranya anda sanggup melaburkan masa yang anda ada. Cara bercakap dan berunding dengan orang lain adalah sangat berguna kepada anda dalam semua bidang pada masa akan datang.

3. Melakukan perkara yang kita minat secara sukarela dan percuma. Contohnya anda minat menanam pokok buah-buahan. Anda cari tempat yang bersedia membimbing anda secara percuma untuk mengajar anda menanam pokok tanpa mengambil upah untuk mendapat pengalaman dan ilmu.

PELABURAN ILMU
Ini sangat penting kepada kita semua. Walaupun anda mempunyai modal dan keupayaan wang yang banyak melabur dan membina perniaga, kalau tidak ilmu sekejap sahaja wang yang anda miliki lenyap dan lebur tanpa hasil. Dunia perniagaan dan pelaburan hari ini sangat cepat dan lebih kejam, tanpa ilmu anda mudah ditipu, dipergunakan oleh pihak yang tamak dan tidak bertanggungjawab.

Contoh pelaburan ilmu yang dicadangkan kepada anda :
1. Membaca buku yang berkaitan dengan bidang yang kita ingin ceburi atau bidang yang anda ingin melabur.

2. Mengikuti tokoh atau mentor yang dipercayai kemahiran mereka di media sosial untuk mendapat gambaran awal tentang pelaburan dan ilmu yang disampaikan.
3. Membuat perbandingan dan kajian ringkas tentang pelaburan dan bidang yang kita ingin sertai.

Apabila anda telah melakukan pelaburan di atas anda sebenarnya telah bersedia untuk terjun dalam apa bidang yang anda inginkan dengan yakin dan selamat. Jika anda tidak mahir dalam melabur masa dan ilmu, bersediakan untuk gagal dan kehilangan wang ringgit yang anda ada. Tanyalah orang sekeliling anda, bagaimana mereka rugi, hilang wang dan jatuh dalam perniagaan dan bidang mereka ceburi . Mereka  adalah orang yang malas melabur masa dan ilmu.

BERIKUT ADALAH CARA PELABURAN TAHUN 2020 YANG ANDA PATUT CUBA :


1. Membina nama, tapak dan platform yang baik. Contohnya anda menggunakan facebook, instagram,twitter dan media sosial lain dengan menulis dan membincangkan bidang yang anda minat. Lihatlah bagaimana tokoh yang berjaya pada hari ini membina asas dan tapak yang kukuh untuk mereka berjaya dalam bidang mereka. Mulakan sekarang dan tetapkan niat dan matlamat yang jelas dalam membina nama yang baik dalam semua platform yang kita guna.

2. Mengikuti kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk perkembangan ilmu dan menambah kenalan dalam bidang yang kita minat. Disini bukan sahaja ilmu yang kita dapat, terdapat pelbagai peluang yang kita akan jumpa dan bermula disinilah anda berkembang dalam pelaburan anda.

3. Membina blog dan website untuk berkongsi ilmu yang anda ada. Belajar berkongsi dengan lebih baik dan berkesan membantu anda mengembangkan potensi yang ada dalam diri anda.

4. Mendaftar atau mengambil sebarang lesen pengiktirafan yang sah daripada pihak berkuasa. Contohnya lesen perniagaan, perunding, konsultan, agen hartanah dan lain-lain untuk anda belajar secara rasmi dan sah dalam bidang masing-masing. Perkara ini membantu anda membina kerja dengan lebih formal dan sah disisi undang-undang serta mengelakkan anda terjebak dengan sebarang penipuan dalam dunia pelaburan.

5. Melibatkan diri dalam kerja amal dan misi kemanusian. Ramai tokoh yang terkenal hari ini berjaya membina nama dan jati diri mereka dengan bermula melalukan kerja-kerja amal dan sukarela seterusnya kualiti dan potensi diri mereka terus bersinar dan membuka peluang dan kerjaya yang tetap dalam hidup mereka.

6. Kemahiran teknologi adalah perkara utama yang anda patut dan wajib belajar pada hari ini . Kemahiran menggunakan komputer, leptop dan smartphone akan membantu anda hidup lebih baik dan memudahkan segala kerja seharian. Belajarlah daripada rakan-rakan anda yang mahir untuk menggunakan segala alat dan gajet ini untuk kegunaan anda dalam dunia pelaburan sebenar nanti.

Leave a Comment