CARA TUKAR KAD ATM CIMB ONLINE (Renew Card Expired)

CARA TUKAR KAD ATM CIMB ONLINE (Renew Card Expired)

CARA TUKAR KAD CIMB

Sekiranya kad ATM/debit CIMB Bank anda yang sedia ada rosak atau telah ditamatkan, anda seharusnya membuat permohonan penggantian kad debit baru untuk memudahkan urusan transaksi harian anda. Bagaimana cara untuk tukar kad debit CIMB Bank secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU KAD DEBIT/ATM CIMB BANK

Kad debit bermaksud sejenis kad bank yang digunakan oleh pengguna untuk membuat pembayaran yang boleh menggantikan pembayaran secara tunai. Secara analogi, kad debit merupakan wang tunai digital anda. Kad debit menolak wang yang terdapat dalam akaun simpanan pada bank anda bagi setiap pembayaran. Kad debit tidak dapat digunakan apabila wang di dalam akaun telah habis digunakan.

 

SYARAT TUKARKAD ATM CIMB ONLINE

Pembaharuan kad debit CIMB melalui dalam talian hanya boleh dilakukan bagi:

  • Kad debit yang telah tamat tempoh
  • Kad debit yang bakal tamat dalam masa tiga bulan.

 

KADAR BAYARAN TUKAR KAD ATMCIMB ONLINE

CIMB menyatakan tiada bayaran yang dikenakan untuk pembaharuan kad debit.

 

CARA TUKAR KAD CIMB BANK ONLINE

Berikut adalah cara pengganti Kad Debit Bank CIMB bank secara online:

  1. Layari pautan CIMB Debit Card Renewal 
  2. Isikan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan dan 4 digit terakhir nombor kad debit dan tekan Proceed.
  3. Dapatkan nombor OTP yang dihantar melalui nombor telefon yang telah didaftarkan, dan masukkan OTP untuk pengesahan. Klik Confirm
  4. Pilih proses pembaharuan kad debit anda samaada:
    • Melalui penghantaran
    • Kunjungan ke cawangan CIMB
  5. Jika melalui penghantaran, sahkan alamat untuk penghantaran kad debit tersebut, kemudian tekan pada Proceed dan Yes untuk pengesahan.
  6. Kad debit yang telah diperbaharui akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja ke alamat yang telah anda isikan.

 

CARA AKTIFKAN KAD DEBIT CIMB BAHARU

Untuk pengetahuan anda, kad debit yang dihantar belum lagi diaktifkan. Untuk mengaktifkannya, berikut adalah merupakan caranya:

  • Kunjungi mana-mana cawangan ATM CIMB berhampiran anda
  • Masukkan kad debit baharu anda ke dalam ATM CIMB.
  • Masukkan PIN ATM 6-digit sedia ada.
  • Selesai

NOTA: Sebaik sahaja kad debit baharu diaktifkan, kad debit sedia ada tidak lagi sah dan hendaklah dimusnahkan segera dengan memotongnya kepada separuh merentasi jalur magnet dan mikrocip yang ditanam di dalam kad.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BLOCK KAD BANK MAYBANK CIMB (Guna Telefon & Online)

Leave a Comment