CARA BUAT & RENEW BORDER PASS MALAYSIA ONLINE 2024

CARA BUAT & RENEW BORDER PASS MALAYSIA ONLINE 2024

BORDER PASS MALAYSIA

Kepada anda yang merupakan penduduk di sempadan Thailand, semestinya hanya menggunakan Border Pass sahaja untuk memasuki sempada Negara Thailand seperti Hatyai, Golok, dan sebagainya. Semestinya anda ingin mengetahui cara memohon Border pass atau membuat pembaharuan terkini. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU BORDER PASS MALAYSIA

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.

 

NEGERI YANG BOLEH BUAT BORDER PASS

Berikut adalah merupakan antara negeri yang boleh menggunakan border pass ini iaitu:

  • Kedah
  • Perlis
  • Kelantan
  • Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong).

 

HAD SEMPADAN BORDER PASS MALAYSIA

Pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu:

  • Wilayah Satun
  • Songkhla
  • Yala
  • Narathiwat
  • Pattani

 

SYARAT KELAYAKAN BORDER PASS MALAYSIA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi pemohon iaitu:

  • Warganegara Malaysia kelahiran negeri Kedah, Perlis, Kelantan & Hulu Perak.
  • Warganegara Malaysia yang telah menetap di negeri sempadan lebih satu (1) tahun. (dibuktikan melalui alamat pada Kad Pengenalan)

Berikut adalah merupakan syarat terperinci iaitu:

  • Berumur 15 tahun ke atas
    • Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
    • Kad Pengenalan [MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
    • Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya untuk Penduduk Tetap keturunan Thai sahaja)
    • Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 18 tahun ke bawah
  • Berumur di bawah 15 tahun
    • Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
    • Sijil Kelahiran
    • Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
    • Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga yang sah
  • Jika pemohon diiringi oleh isteri
    • Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
    • Kad Pengenalan Isteri [Mykad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11)]
    • Sijil lahir anak dan Kad Pengenalan anak jika berumur 15 tahun kebawah
    • Dua (2) keping gambar berukuran 3.2 sm x 5.0 sm setiap orang
    • Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan

 

TEMPOH SAHLAKU BORDER PASS MALAYSIA

  • Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.
  • Baki Tempoh Sah Laku Pas Sempadan Malaysia – Thailand Untuk Keluar Ke Thailand
    • Tempoh sah laku Pas Sempadan hendaklah tidak kurang 30 hari sebelum perjalanan keluar ke Thailand.

 

KADAR BAYARAN BORDER PASS MALAYSIA

  • Harga bayaran adalah hanya RM10 sahaja.

 

CARA PERMOHONAN BORDERPASS MALAYSIA

Pas sempadan ini hanya boleh dipohon secara fizikal dengan menghadiri mana-mana cawangan Jabatan Imigresen Malaysia atau mana-mana UTC yang terdapat perkhidmatan JIM. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pemohon hendaklah hadir ke mana-mana cawangan JIM.
  2. Pemohon perlu mengisi borang pas sempadan seperti pada Rajah di bawah ini yang boleh diambil di kaunter JIM melalui pegawai yang bertugas.
  3. Isi borang tersebut dengan betul dan lengkap.
  4. Kemudian, pemohon hendaklah menangkap gambar berukuran passport dan tampal gambar yang telah ditangkap pada borang tersebut.
  5. Setelah itu, pemohon perlu tunggu sehingga pegawai JIM memanggil nombor giliran pemohon dan pemohon hendaklah menyerahkan borang tersebut kepada pegawai bertugas.
  6. Pengesahan cap jari perlu dibuat oleh pemohon.
  7. Setelah itu, bayaran sebanyak RM10 hendaklah dibuat secara debit.
  8. Akhir sekali, pemohon akan menerima pas sempadan berwarna biru tersebut.

NOTA: Permohonan secara atas talian tidak dibuka bagi permohonan pas sempadan ini.

 

CARA RENEW BORDER PASS MALAYSIA

  • Tempoh sah laku bagi pas ini hanya sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja daripada tarikh pas sempadan ini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
  • Pas yang melebihi satu (1) tahun expired akan terbatal dan perlu diperbaharui jika ingin menggunanya.
  • Individu yang ingin membuat pembaharuan pas sempadan ini boleh dibuat dengan dikenakan caj bayaran sebanyak RM10 sahaja.

 

CARA GUNA BORDERPASS MALAYSIA

Kepada pemohon kali pertama, berikut adlaah merupakan cara penggunaan iaitu:

  • Ianya perlu dicop sebanyak empat (4) kali oleh pegawai Jabatan Imigresen iaitu bagi tujuan keluar Malaysia, masuk Thailand, keluar Thailand dan masuk Malaysia.
  • Pengesan jap cari dan wajah akan dilakukan ketika pemeriksaan imigresen tersebut.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai border pass Malaysia, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia 

 

ARTIKEL LAIN

CARA MASUK NEGARA THAILAND TERKINI (Dokumen & Harga Border Pass)

1 thought on “CARA BUAT & RENEW BORDER PASS MALAYSIA ONLINE 2024”

Leave a Comment