CARA MUDAH BELI BARANG DI SHOPEE

CARA MUDAH  BELI BARANG DI SHOPEE
Cara Mudah Beli Barang Di Shopee

CARA MUDAH  BELI BARANG DI SHOPEE

Andakah anda tahu cara mudah beli barang di shopee? Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan :

CARA MUDAH  BELI BARANG DI SHOPEE
Daftar Akaun Shopee

1. DAFTAR AKAUN SHOPEE

Pastikan anda layari laman Shoppe yang betul untuk mengelakkan berlaku penipuan. Anda boleh pilih bahasa yang digunakan untuk memudahkan anda. Anda perlu klik pada butang sign up di bahagian atas sebelah kanan.

Dalam urusan sign up, anda diberi pilihan untuk menggunakan email, nombor  telefon atau facebook. Lebih mudah anda menggunakan nombor telefon untuk tujuan mendaftar di shopee. Tujuan kita sign up adalah untuk mendaftar maklumat diri anda untuk melakukan urusan pembelian di laman shopee.  Anda perlu mencipta  username dan kata laluan untuk akaun shopee.

Sila lengkapkan maklumat  yang diperlukan untuk memastikan anda mempunyai akaun shopee bagi tujuan membeli belah secara online.  Kemudian anda perlu klik pada bahagian send verification code, TAC nombor akan dihantar pada telepon pintar anda.  Maka selesai urusan mendaftar akaun shopee  anda.  

CARA MUDAH  BELI BARANG DI SHOPEE
Log in Akaun Shopee

2. LOG IN AKAUN SHOPEE

Sila kembali kepada bahagian menu dan klik login. Pastikan anda masukan username dan password yang dengan betul. Untuk login akaun shoppe, anda akan dihantar TAC nombor kepada telefon pintar anda dan perlu masukan TAC nombor tadi dan klik login. Selepas selesai login, anda perlu kemaskini lagi maklumat seperti alamat untuk pos barang, nombor telefon dan nombor akaun bank .

3. BERSEDIA UNTUK MEMBELI BARANG DI SHOPEE

Anda perlu taip item yang hendak dibeli pada ruang search dan tekan enter. Anda boleh memilih design yang disukai dan add to cart. Cuba gunakan butang icon shoppe preferred & from low to high price untuk membanding harga barang daripada pelbagai penjual di shoppe. Shoppe preferred pula memberi ganjaran shopee coin kepada anda untuk ditebus pada pembelian anda. Contohnya 100 coins = RM1. Jadi anda berpeluang untuk mendapat potongan harga.

Jika anda telah selesai memilih barang, anda perlu tekan pada shopping cart, cuba tengok jika ada shopee coins, tandakan pada bahagian tersebut untuk dapat potongan harga. Sekiranya anda mempunyai kod promosi, boleh masukan disitu dengan menaip kod pada kotak yang disediakan. Sebenarnya ia bergantung kepada penjual untuk memberi potongan harga. Kesimpulannya,anda akan dapat potongan harga daripada shoppe coin dan kod promosi. Kemudian tekan checkout.

CARA MUDAH  BELI BARANG DI SHOPEE
CARA MUDAH BELI BARANG DI SHOPEE

4. CARA PEMBAYARAN DI SHOPEE
Anda hanya perlu tekan purchase dan pilih cara pembayaran. Contohnya anda menggunakan maybank2u. Anda perlu tekan butang maybank2u, tekan proceed, masukan username dan password. Seperti biasa masukkan TAC nombor dan proceed. Sekarang anda telah selesai membeli di shoppe. Tunggu barang anda sampai selepas 7 hari membuat pembelian.

CARA MUDAH  BELI BARANG DI SHOPEE
Semak Status Penghantaran

5. SEMAK STATUS PENGHANTARAN

Anda boleh menyemak status penghantaran barang pada bahagian yang disediakan untuk memantau pergerakan barang anda.

2 thoughts on “CARA MUDAH BELI BARANG DI SHOPEE”

Leave a Comment