CARA MENGGUNAKAN eWALLET DI MALAYSIA

CARA MENGGUNAKAN eWALLET DI MALAYSIA
CARA MENGGUNAKAN eWALLET DI MALAYSIA

CARA MENGGUNAKAN eWALLET DI MALAYSIA

eWallet merupakan dompet elektronik yang menjadikan pelbagai urusan anda menjadi semakin mudah.

Mempunyai e-Wallet memudahkan pengguna kerana tidak perlu bawa wang tunai atau kad debit atau kredit untuk membuat pembayaran. Hanya perlu bawa telefon pintar semua urusan jual beli boleh dilakukan.

Selain dari mudah, penggunaan e-Wallet memberikan pengguna penjimatan dengan memberikan diskaun, mata ganjaran dan pulangan tunai (cashback).

Contoh penggunaan eWallet seperti semakan baki, bayaran bil utiliti, bil restoran, tiket wayang, tiket kapal terbang, menambah nilai prepaid serta membuat bayaran tol secara PayDirect serta RFiD yang masing – masingnya akan menolak baki dari eWallet.

Namun demikian, masih ramai yang belum mengetahui CARA MENGGUNAKAN eWALLET DI MALAYSIA, maka

CARA MENDAFTAR eWALLET DI MALAYSIA

1. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi  ewallet ke telefon bimbit anda menggunakan Google Store atau Apple Store tanpa sebarang caj.

2. Kemudian anda perlu ke laman web ewallet dan perlu isi maklumat peribadi dan mendaftar.

3.Proses verifikasi akaun diperlukan seperti memuat naik kad pengenalan (depan dan belakang) secara imbasan, serta gambar selfie anda sebagai pengesahan.

4. Setelah proses mendaftar akaun eWallet, anda sudah boleh membuat tambah nilai ke dalam akaun eWallet menggunakan kad debit / kad  kredit atau membeli soft pin di kedai – kedai terpilih.

5. Bersedia untuk digunakan.


CONTOH JENAMA eWALLET DI MALAYSIA

1. Touch N Go eWallet

Touch ‘N Go eWallet merupakan dompet elektronik yang menjadikan pelbagai urusan anda menjadi semakin mudah. TNG Digital yang merupakan anak syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd merupakan agensi yang bertanggungjawab menguruskan Touch ‘N Go eWallet. Kewujudan eWallet ini telah menambah fungsi serta keistimewaan kad Touch ‘N Go sedia ada seperti semakan baki, bayaran bil utiliti, bil restoran, tiket wayang, tiket kapal terbang, menambah nilai prepaid serta membuat bayaran tol secara PayDirect serta RFiD yang masing – masingnya akan menolak baki dari eWallet.

EWallet Touch ‘N Go juga seperti aplikasi – aplikasi lain seperti aplikasi setel, boost dan sebagainya. Anda hanya perlu memuat turun ke telefon bimbit anda menggunakan Google Store atau Apple Store tanpa sebarang caj.

Kelebihan Touch ‘N Go eWallet

  • PayDirect – Anda boleh menggunakan baki yang tersedia dalam eWallet untuk bayaran tol. PayDirect akan membuat penolakan baki secara automatik melalui eWallet anda. Baki di dalam eWallet mestilah mencukupi untuk menggunakan PayDirect ini. Sekiranya baki tidak mencukupi, sistem akan menolak terus baki yang terdapat di dalam kad Touch ‘N Go.
  • Penggunaan PayDirect membolehkan pengguna menikmati rebat tol sebanyak 20% di plaza tol yang menyokong fungsi PayDirect. Setiap transaksi boleh disemak melalui app eWallet.
  • Transaksi pembayaran tol menggunakan RFiD juga membenarkan pengguna lebuh raya menikmati diskaun tol.
  • Sebagai pengguna kad Touch ‘N Go, sesetengah pengguna turut mengalami kesukaran untuk menyemak baki kad. Melalui aplikasi ini, baki eWallet dank ad fizikal boleh disemak dengan lebih mudah melalui telefon bimbit.
  • Membayar caj parking dengan mudah di hampir kesemua tempat meletakkan kenderaan.
  • Membeli tiket kapal terbang domestik serta antarabangsa, malah tiket wayang juga boleh dibeli menggunakan eWallet ini.
  • Pengguna boleh berbelanja di KK Super Mart atau makan di restoran – restoran terpilih dan membayar bil menggunakan eWallet dengan hanya membuat imbasan kod QR yang dipaparkan semasa membuat pembayaran.
  • Pengguna yang menggunakan Touch ‘N Go eWallet ini akan menerima rebet sehingga 20 % daripada penggunaan semasa. Malah, anda boleh mendapat cashback minimum sehingga RM 0.50 bagi setiap transaksi pembayaran tol. Selain itu juga, pelbagai outlet yang menggunakan perkhidmatan eWallet ini turut memberikan cashback yang menarik kepada para pelanggan Touch ‘N Go eWallet. Perkhidmatan eWallet ini ternyata cukup memudahkan serta memberi faedah yang banyak untuk para penggunanya.

2. Boost

Menggunakan fungsi “Scan and Pay” atau “Scan Me” untuk membuat pembayaran.

Setiap pembayaran yang dibuat memberikan anda “Shake Reward”, amaun yang diterima tidak tetap tapi masih bernilai.

Boost juga ada fungsi untuk membayar bil, setiap kali membayar bil akan terima “Shake Reward”. Bil yang boleh dibayar melalui Boost seperti:

Boleh membeli tambah nilai melalui Boost dan membeli baucar dengan kadar diskaun.

Untuk dapat lebih banyak manfaat tambah duit dalam akaun Boost menggunakan kad debit atau kad kredit yang boleh beri mata ganjaran atau pulangan tunai.

Antara tempat yang boleh menggunakan Boost:

  • TeaLive (jangan lupa guna sekali Tealive Unitea Card atau mana-mana kad BInfinite untuk dapatkan BPoint)
  • Delivereat (jangan lupa Shopback untuk dapatkan cashback)
  • EzCab
  • Kenny Rogers ROASTERS
  • KLIA Ekspres
  • Pezzo Pizza
  • KK Mart
  • Dan banyak lagi!

3. GrabPay

Fungsi utama penggunaan GrabPay lebih kepada pembayaran GrabCar.Dengan menggunakan GrabPay anda akan terima mata ganjaran untuk program GrabRewards. Mata ganjaran yang diterima juga berbeza mengikut jenis keahlian (Member, Silver, Gold, Platinum).

Kod promo diskaun banyak meletakkan syarat penggunaan pembayaran melalui GrabPay. Penggunaan GrabPay kini dah meluas dan juga boleh membayar pesanan GrabFood.

Untuk dapat lebih banyak manfaat tambah duit dalam akaun GrabPay menggunakan kad debit atau kad kredit yang boleh beri mata ganjaran atau pulangan tunai.

4. FavePay

Fave dahulu dikenali sebagai Groupon (penjualan baucar murah). Menggunakan fungsi “Scan” untuk membuat pembayaran.

Pembayaran menggunakan FavePay akan terima pulangan tunai. Tapi pulangan tunai yang diterima ada tempoh luput dan boleh digunakan di kedai yang sama sahaja (boleh lain cawangan).

Perlu set cara nak membayar untuk FavePay. Sebagai contoh jika set kad kredit, amaun yang dibayar menggunakan FavePay akan dicaj kan dalam kad kredit anda.

5. Lazada Wallet

Bagi yang suka shopping online di Lazada, jangan lupa untuk pilih cara pembayaran menggunakan Lazada Wallet. Anda boleh dapat pulangan tunai dari apa yang dibayar. Lebih manfaat jika Lazada dibuka melalui Shopback untuk dapat pulangan tunai lagi. Tambah duit dalam Lazada Wallet menggunakan kad debit atau kad kredit yang boleh beri mata ganjaran atau pulangan tunai.

6.Shopee eWallet

Shopee menjalankan urusniaga seakan Lazada yang juga popular, namun Shopee memiliki kelebihan yang tersendiri di mana ia menyediakan platform antara pembeli dan penjual dengan adanya butang ‘Chat Now’ pada setiap produk yang dijual.

Shopee Malaysia telah mengumumkan ciri – ciri baru Shopee iaitu ShopeePay. Ia merupakan Shopee wallet di mana ciri – cirinya telah dipertingkatkan bagi penggunaan yang lebih efisien dan dikenali sebagai ShopeePay.

Wallet terbaru ini membolehkan pengguna membuat pembayaran segera bagi pembelian di Shopee. Ciri – ciri ini diuruskan oleh AirPay dan ShopeePay hanya terhad bagi transaksi penambahan serta pengeluaran wang sahaja. Penambahan wang hanya boleh dilakukan secara online dan tidak boleh menggunakan kad kredit / debit. Pengguna akan menerima semula wang mereka pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang pembatalan pesanan melalui Shopee wallet anda. Wang tersebut boleh dikeluarkan melalui akaun bank pilihan anda, namun ianya terhad kepada pemegang akaun premium sahaja.

Mencipta Nombor PIN Shopee Wallet

  • Klik Log In akaun Shopee, masukan email / nombor telefon / username dan password akaun Shopee anda.
  • Klik ikon ‘Me’ untuk mengakses Shopee wallet.
  • Sekiranya ini merupakan pertama kali anda mengakses Shopee wallet, anda perlu mencipta 6 digit nombor PIN terlebih dahulu sebelum meneruskan penggunaan Shopee wallet.
  • Nombor PIN yang disetkan akan digunakan bagi membolehkan anda membuat sebarang pengeluaran dari Shopee wallet.
  • Klik ikon ‘Create Wallet PIN’ dan nombor PIN anda telah dicipta. Sebaik sahaja nombor PIN telah diset, anda boleh menggunakan Shopee wallet dengan mudah.

Segala maklumat dan transaksi jualan serta refund akan dikreditkan terus ke wallet anda. Jumlah keseluruhan wang yang ada akan dipaparkan di ‘Wallet Balance’. Setiap pengeluaran menggunakan Shopee wallet dibenarkan hanya sekali dalam satu hari.

Anda boleh menyemak maklumat berkaitan akaun bank di ‘Bank Account details’. Sekiranya anda ingin melihat sebarang transaksi berkaitan jualan dan pengeluaran, anda boleh klik ikon ‘Transaction History’.

Anda boleh menggunakan kaedah ‘filter’ bagi melihat transaksi yang dilakukan. ‘Filter’ boleh dilakukan berdasarkan tarikh dan anda boleh menjejak transaksi akaun secara harian, mingguan atau bulanan. Transaksi akan dipaparkan berdasarkan tarikh yang anda masukkan.

Anda juga boleh menjejaki transaksi pengeluaran wang ke akaun bank anda dengan hanya klik butang ‘Transaction History’. Maklumat berkaitan pengeluaran akan dipaparkan dan ianya termasuklah jumlah pengeluaran, akan bank penerima serta status pengeluaran.

Shopee mewujudkan Shopee wallet bagi memudahkan proses jual beli dan refund wang yang terdapat dalam akaun Shopee. Namun, Shopee telah menaiktaraf penggunaan Shopee wallet yang dikenali sebagai ShopeePay. Terdapat dua jenis akaun ShopeePay iaitu ShopeePay dan juga ShopeePay Premium.


Penggunaan eWallet ini sangat mudah tetapi akan jadi susah bila sistem tidak boleh digunakan (offline) atau pekerja kedai tidak pandai nak guna. Diharap lebih banyak penambahbaikan dilakukan untuk pengguna eWallet.

Semoga CARA MENGGUNAKAN eWALLET DI MALAYSIA dapat memberi keyakinan kepada pengguna untuk memulakan langkah pertama bagi memilih pengendali eWallet yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda.

2 thoughts on “CARA MENGGUNAKAN eWALLET DI MALAYSIA”

Leave a Comment