CARA DAPATKAN KEMBALI WANG YANG TERSILAP BANK IN

CARA DAPATKAN KEMBALI WANG  YANG TERSILAP BANK IN
CARA DAPATKAN KEMBALI WANG YANG TERSILAP BANK IN

CARA DAPATKAN KEMBALI WANG YANG TERSILAP BANK IN

Anda ada pengalaman memindahkan wang ke akaun yang salah? Perkara ini berlaku secara tidak sengaja sebenarnya. Ia berlaku disebabkan kita tergesa-gesa untuk memindahkan wang maka berlaku kecuaian.

Perkara ini disedari apabila pihak yang sepatutnya menerima wang memaklumkan mereka tidak menerima wang daripada anda.

Situasi sebegini bukan hanya berlaku kepada anda, ia boleh berlaku kepada orang lain juga.Jadi anda jangan panik dan gelabah. Ada cara untuk mendapatkan kembali duit anda.

CARA DAPATKAN KEMBALI WANG  YANG TERSILAP BANK IN

1. MEMBUAT LAPORAN POLIS

Apabila anda sedar tentang tersalah memindahkan wang ke akaun yang salah dan tidak dikenali, anda perlu segera ke balai polis yang terdekat untuk membuat laporan polis. Anda perlu memaklumkan secara terperinci tentang maklumat akaun,nombor akaun, nama bank, jumlah wang yang dipindah dan masa transaksi dilakukan.

Hal ini penting untuk memudahkan urasan pihak polis dan bank untuk membuat semakan dan membuat laporan.

2. HADIRKAN DIRI KE CAWANGAN BANK BERSAMA LAPORAN POLIS

Setelah selesai membuat laporan polis, anda perlu ke cawangan bank yang berdekatan dan berhubung dengan pengawai bank. Anda perlu memaklumkan masalah anda kepada pengawai bank untuk tindakan pihak bank selanjutnya.

Biasanya, pihak bank akan mendapatkan maklumat akaun penerima wang tersebut dan cuba menghubungi mereka.

3. TUNGGU PERSETUJUAN DARIPADA PIHAK PENERIMA WANG

Biasanya, proses ini mengambil masa sedikit untuk mendapat maklum balas daripada penerima wang. Kadang kala, wang tersebut telah digunakan secara tidak sengaja. Maka pihak penerima wang memerlukan masa untuk mengantikan wang anda. Pihak yang menerima wang perlu ke cawangan bank yang terdekat untuk mengisi borang berkaitan dan anda akan menerima wang tersebut.

4. JIKA PENERIMA WANG ENGGAN PULANGKAN WANG

Bagaimana caranya sekiranya pihak penerima yang secara tidak sengaja menerima wang anda tidak mahu bekerjasama? Satu-satu tindakan yang boleh diambil untuk mendapatkan kembali wang anda adalah dengan membawa kes ini ke mahkamah.

Sekiranya jumlah wang tersalah hantar bernilai kurang daripada RM5,000, proses tuntutan di mahkmah tidak memerlukan anda mendapatkan peguam namun mendapatkan khidmat nasihat peguam di luar mahkamah adalah dibenarkan.

Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah yang dihantar bernilai lebih daripada RM5,000, anda tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menggunakan khidmat peguam untuk mendapatkan kembali wang anda.

TIPS MEMINDAHKAN WANG KEPADA PIHAK KETIGA

1. Pastikan anda dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa.
2. Pastikan nama penerima, nama bank dan nombor akaun jelas dan cukup
3. Semak beberapa kali sebelum memohon TAC.
4. Simpan resit  dan bukti transaksi.
5. Dapatkan pengesahan menerima wang selepas memindahkan wang.

Leave a Comment