CARA DAPATKAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3000

CARA DAPATKAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3000

CARA DAPATKAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3000
Geran Khas Prihatin RM3000

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) meliputi beberapa perkara penting. Antaranya  geran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) RM2.1 bilion. Komuniti usahawan di negara ini amat berterima kasih dan lega terhadap pengumuman itu.

PUNCA PKS TIDAK MENDAPAT BANTUAN/GERAN  DARIPADA KERAJAAN

Kebanyakan usahawan PKS Melayu amat lemah dari segi dokumentasi, sama ada pengurusan atau perakaunan. Perkara ini amat penting bagi mereka untuk menyatakan kepada pihak berkenaan, termasuk bank bagi mendapatkan bantuan diperuntukkan kerajaan.

Jika mereka tidak mempunyai dokumen berkaitan yang lengkap, permohonan akan ditolak. Ini menyebabkan perniagaan mereka akan musnah walaupun peruntukan diadakan kerajaan yang sepatutnya mereka nikmati.

Sikap industri perbankan yang masih menggunakan cara lama bagi menganalisis dan menilai permohonan pembiayaan juga menyebabkan usahawan Melayu akan ketinggalan.

BACA : PERMOHONAN & SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN

Keperluan rekod selama tiga tahun terkebelakang dan unjuran keuntungan pada masa hadapan amat membebankan usahawan, terutama mereka yang mula berniaga tidak sampai tiga tahun.


KEADAAN PKS DI MALAYSIA TERKINI


Dalam keadaan kegawatan COVID-19 dan potensi kemelesetan ekonomi pada masa akan datang, menyebabkan unjuran keuntungan amat rendah dan daya pembiayaan perniagaan disifatkan lemah oleh bank.

Pihak kami menerima banyak aduan beberapa minggu lalu daripada ahli dan usahawan terhadap ketidakprihatinan bank kepada pemohon pembiayaan ini. Satu pendekatan baharu perlu diambil bank supaya dapat membantu kesinambungan perniagaan usahawan, terutama usahawan Melayu.

Penggunaan CCRIS dan CTOS dalam keadaan gawat sekarang tidak bertepatan dengan hasrat kerajaan menghulurkan bantuan kewangan kepada perniagaan sedia ada dan akan datang.

CARA DAPATKAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3000

CADANGAN UNTUK MEMBANTU PKS DI MALAYSIA

1)DAPATKAN KHIDMAT AKAUNTAN PROFESIONAL

PKS perlu mendapatkan khidmat akauntan profesional daripada firma bertauliah dan diperakui Institut Akauntan Malaysia bagi mengemas kini akaun, dokumen penggajian dan pengurusan lain agar sesuai serta boleh diterima pakai bank.

Perkhidmatan firma akauntan bertauliah ini pada hemat saya sepatutnya dikategorikan dalam servis keperluan yang dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini disebabkan kebergantungan amat tinggi oleh usahawan PKS terhadap mereka dalam menyiapkan dokumentasi akaun dan pengurusan.

Ia termasuk mendaftarkan perniagaan PKS dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan badan berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO, SMECorp, MARA dan INSKEN. Terdapat Persatuan Firma Akauntan Melayu Bertauliah (AMCAF) dan Persatuan Akauntan Percukaian Melayu (MATA) yang sedia membantu mereka.

2)NAIK TARAF SISTEM OPERASI PKS

PKS perlu menaik taraf sistem operasi, sama ada perakaunan dan pengurusan melalui digitalisasi seperti dianjurkan kerajaan melalui promosi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Perkara berkenaan amat penting bagi usahawan Melayu supaya mereka termasuk dalam statistik dan data digunakan kerajaan bagi menyalurkan bantuan.

Kita berharap usahawan PKS Melayu mengambil pelajaran dan terus berusaha memajukan diri bagi mencapai peringkat lebih tinggi dalam perniagaan. Kita juga berharap kerajaan dapat menyiarkan statistik jelas mengenai pembabitan usahawan Melayu secara khususnya dan Melayu pada amnya dalam ekonomi negara.

Ia bertujuan menganalisis dan mengenal pasti kelemahan supaya penambahbaikan serta langkah memajukan usahawan Melayu dan orang Melayu boleh dibuat secara teratur dan sistematik.

Rujukan

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

1 thought on “CARA DAPATKAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3000”

Leave a Comment