
CARA DAPAT UNTUNG GUNA eWALLET
Sebagai pengguna eWallet yang bijak,anda mestilah inginkan keuntungan dan faedah daripada menggunakan kemudahan eWallet sambil berbelanja untuk keperluan dan kehendak anda.
1.GUNAKAN KAD KREDIT ANDA UNTUK TAMBAH NILAI eWALLET
Biasanya kad kredit menawarkan ganjaran seperti cashback dan mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan. Jika anda menggunakan kad kredit untuk tambah nilai eWallet, seterusnya menggunakan eWallet untuk membayar jumah yang diperlukan, anda akan mendapat dua kali ganjaran. Iaitu daripada kad kredit dan daripada pengendali eWallet. Namun demikian, pastikan anda berdisiplin dan mampu membayar kad kredit selepas menggunakannya.
2. BAYAR DAHULU UNTUK KAWAN-KAWAN
Contohnya, anda keluar bersama rakan-rakan atau keluarga, anda boleh membayar perbelanjaan dalam bentuk kumpulan terlebih dahulu. Kemudian rakan anda akan bayar kepada anda dalam bentuk wang tunai. Anda akan dapat ganjaran berdasarkan jumlah perbelanjaan kumpulan berbanding hanya membayar untuk diri sendiri sahaja. Namun demikian,pastikan kawan-kawan anda bayar balik wang yang anda belanjakan semasa keluar bersama.
3. GUNA PELBAGAI eWALLET
Anda perlu sedar bahawa terdapat pelbagai jenis eWallet yang menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan masing-masing. Ada sesetengah pembayaran sesuai dibuat denganmenggunakan eWallet tertentu. Jadi anda perlu menggunakan pelbagai jenis eWallet. Tidak menjadi satu kesalahan jika anda menggunakan beberapa jenis eWallet dalam urusan kewangan.
Contohnya, E-Wallet Boost boleh digunakan untuk membayar bil dan utiliti, malah E-Wallet Touch & Go boleh digunakan untuk toll dan pembelanjaan gaya hidup di mana ia menawarkan banyak diskaun dengan syarikat F&B dan pengangkutan.
Dengan menggunakan pelbagai jenis eWallet membuktikan anda bijak mengambil peluang dan menggunakan eWallet sesuai dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Kehidupan anda lebih baik dan mudah dengan bantuan daripada eWallet yang membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan urusan pembayaran.
4.BANDINGKAN DISKAUN
Jika anda dah mula menggunakan eWallet. Jangan terjut jika pengendali eWallet banyak menawarkan promosi kepada pengguna. Jadi sebelum anda membeli, anda perlu bandingkan promosi dan diskaun yang terbaik.
Bandingkan promosi yang ditawarkan kena dengan perancangan anda untuk membeli sesuatu barang atau merancang untuk belanja keluarga makan diluar atau keluar berseronok dengan kawan-kawan anda.
Kesimpulannya, jadilah pengguna yang bijak dan tahu CARA DAPAT UNTUNG GUNA eWALLET.
2 thoughts on “CARA DAPAT UNTUNG GUNA eWALLET”