MAULIDUR RASUL 2024(Bila Tarikh Cuti Tema & Teks Selawat Nabi)

MAULIDUR RASUL 2024(Bila Tarikh Cuti Tema & Teks Selawat Nabi)

MAULIDUR RASUL CUTI

Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2024 akan menjelang tiba. Sempena Maulidur Rasul, disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti dan juga teks selawat nabi, semoga membantu.

 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW, menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Berselawat adalah antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul. Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia.

 

TARIKH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2024

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul ) cuti bagi tahun 2023 jatuh pada 28 September 2023 (Khamis). Hari ini merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan (cuti bagi semua negeri di Malaysia).

 

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2024

Gambar di bawah akan menunjukkkan hari kelepasan am persekutuan bagi tahun 2024:

 

TEKS SELAWAT NABI MAULIDUL RASUL

Berikut adalah merupakan teks selawat:

    • ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
    • ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
    • ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
    • ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (Selawat salam dipohon lagi)
    • ‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Nabi salam atasmu)
    • ‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai Rasul, salam atasmu)
    • ‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ (Wahai kekasih, salam atasmu)
    • ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ (Selawat Allah ke atasmu)
    • ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا (Bulan purnama menyinari kita)
    • ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ (Hilang segala cahaya)
    • ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا (Indah menawan tak pernah dilihat)
    • ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ (Wajah gembira sepanjang hayat)
    • ‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ (Kaulah matahari, kaulah bulan)
    • ‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ (Kaulah cahaya mengatasi cahaya)
    • ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي (Kaulah rahsia hidup mulia)
    • ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ (Kaulah menyuluhi jiwa)
    • ‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد (Wahai kekasihku, ya Muhammad)
    • ‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ (Wahai pendamping indah sejagat)
    • ‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ (Wahai Nabi dijulang dipuja)
    • ‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ (Wahai imam 2 kiblat)
    • ‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد (Bahagialah orang memandang wajahmu)
    • ‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ (Wahai penghulu keturunan mulia)
    • ‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد (Kolam airmu sejuk jernih)
    • ‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ (Kunjungi kami pada hari akhirat)
    • ‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى (Allah mengetahui rahsia sulit)
    • ‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ (Dialah menyahut semua seruan)
    • ‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا (Wahai Tuhan Rahmatilah kami)
    • ‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ (Dengan segala amalan soleh)
    • ‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد (Selawat Allah ke atas Muhammad)
    • ‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ (Sebanyak baris kertas ditulis)
    • ‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد (Ahmad Muhammad petunjuk jalan)
    • ‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ (Empunya wajah berseri menawan.)

 

LOKASI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Bagi tahun 1445H ini, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan di (akan dikemaskini kemudian) pada  (Khamis).

Siaran langsung akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.

 

TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1445H adalah : “Perpaduan Teras Malaysia Madani”

 

SENARAI UCAPAN DAN PANTUN BAGI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2023

Sempena majlis memperingat keputeraan Nabi Muhammad SAW atau dipanggil dengan Maulidur Rasul pada 28 September 2023 bersamaa 12 Rabiuawal 1445 Hijrah, semestinya anda akan mencari teks ucapan atau pantun. Berikut dikongsikan kepada anda

Senarai Ucapan Sambutan Maulidur Rasul

  1. Salam Maulidur Rasul, 12 Raibul Awal 1445H lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring tarikh penting bagi seluruh umat Islam dimana ia dapat menghasilkan keinsafan, kecintaan dan kasih kepada Baginda SAW
  2. “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat atas Nabi (Muhammad. Wahai orang yang beriman, berselawatklah kalian kepadanya (Nabi Muhammad SAW) dan berilah salam kesejahteraan dengan penghormatan sepenuhnya.” – Surah al-Ahzab, ayat 56. Salam Maulidur Rasul 1445H
  3. “Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” – Hadis Riwayat Tarmizi. Pada hari yang penuh barokah ini, saya menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam
  4. Salam Maulidur Rasul 1445H/2023M kepada umat Islam. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Sesungguhnya akhlak dan keperibadian terpuji Rasulullah yang tiada tolok bandingnya merupakan contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.
  5. Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah
  6. Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1445H/2023M. Ucapan salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di mana jua berada. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. “Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”
  7. Salam Maulidur Rasul kepada semua Muslimin dan Muslimat. Bersempena hari yang cukup bermakna ini, marilah kita hayati peribadi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW dan cuba praktikkan sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan harian kita.

Senarai Pantun Sambutan Maulidur Rasul

Satu, dua, tiga dan empat,

Kedengaran suara dari Pasti,

Berselawatlah dimana-mana tempat,

Perjuangan nabi tetap dihayati.

Burung dara menyambut pagi,

Sayapnya kuat terbang di hari Ahad,

Berkibar bendera sangat tinggi,

Mari berselawat kepada Nabi Muhammad

Lahirmu membawa cahaya,

Cerahkan alam semesta,

Terangi hati kami semua,

Ya Muhammad yang ku cinta

Cahaya mentari di waktu pagi,

Eloknya suasana di hari ini,

Sudah datang Maulid Nabi,

Kita meraikan dengan berzanji

 

Tema Maulidur Rasul telah diumumkan,

Penuh hemah buah bicara,

Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran,

Negara Aman Ummah Sejahtera.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Takwim Persekolahan Tahun 2024/2025 dan kenyataan terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

 

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment