TARIKH PENTING PRU-15 (Penamaan Calon & Hari Mengundi SPR)

TARIKH PENTING PRU-15 (Penamaan Calon & Hari Mengundi SPR)

PRU-15

Setiap 5 tahun, Malaysia akan mengadakan pilihanraya bagi menentukan ketua pentadbir negara dan negeri untuk pentadbiran yang lebih lancar dan cekap. Seperti yang diketahui, pada 10 Oktober 2022 telah diumumkan pembubaran Parlimen ke-14. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh penting pada PRU-15, semoga membantu

 

APA ITU PILIHANRAYA

Pilihanraya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.

 

 

CARA DAFTAR MENGUNDI MySPR ONLINE & OFFLINE PRU-15

Cara Daftar Mengundi Online

Permohonan sebagai pengundi secara online di MySPR Daftar hanya boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang tidak bekerja sebagai polis atau tentera. Perlu diingatkan juga bahawa pendaftaran secara online ini tidak boleh dilakukan oleh warganegara Malaysia yang sedang berada di luar negara. Anda perlu mendaftar secara manual sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH). Rujuk manual di atas.

Untuk mendaftar secara online:

  1. Layari laman web rasmi MySPR Daftar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di sini: https://mysprdaftar.spr.gov.my
  2. Kemudian, pada paparan laman web, tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU.
  3. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan KAD PENGENALAN BARU (TANPA ‘-‘ ATAU ‘SPACE’), masukkan nombor kad pengenalan MyKad anda. Perlu diingatkan bahawa tanda ‘-‘ dan jarak tidak dibenarkan.
  4. Kemudian, pada ruangan NAMA SEPERTI KAD PENGENALAN, masukkan nama penuh anda sama seperti yang tertera pada MyKad anda.
  5. Pada ruangan TARIKH LAHIR, tekan pada ruangan dan kalendar akan tertera. Pilih tarikh lahir anda.
  6. Pada ruangan +60, pilih kod nombor telefon mengikut negara anda. Untuk Malaysia, pilih +60.
  7. Pada ruangan TELEFON BIMBIT, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  8. Pada ruangan E-MEL, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
  9. Pada ruangan KATA LALUAN, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  10. Pada ruangan MENGESAH KATA LALUAN, masukkan semula password yang telah anda cipta.
  11. Pada ruangan – SOALAN KESELAMATAN – , pilih satu soalan yang tertera. Kemudian, pada ruangan JAWAPAN KESELAMATAN, masukkan jawapan untuk soalan tersebut. Diingatkan bahawa hanya anda sahaja yang boleh tahu jawapan untuk soalan tersebut. Ini untuk mengelakkan akaun anda diceroboh oleh orang lain.
  12. Pada bahagian ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN, masukkan alamat penuh anda seperti yang tertera dalam kad pengenalan anda. Gunakan setiap ruangan pada BARIS 1, BARIS 2 dan BARIS 3 untuk mengisi alamat anda. Sekiranya ada baris yang anda tidak gunakan, masukkan simbol ‘–‘.
  13. Pada ruangan – NEGERI –, pilih negeri untuk alamat anda.
  14. Pada ruangan – BANDAR –, pilih bandar untuk alamat anda.
  15. Pada ruangan POSKOD, masukkan poskod untuk alamat anda.
  16. Pastikan anda telah menangkap gambar MyKad anda untuk teruskan cara daftar mengundi seara online. Gambar yang diperlukan ialah gambar pada bahagian hadapan MyKad anda, yang memaparkan maklumat penuh anda, iaitu gambar, nama penuh, nombor pengenalan serta alamat anda.
  17. Selain itu, anda juga perlu menangkap gambar diri anda bersama kad pengenalan anda. Rujuk link Contoh Gambar untuk mendapatkan prosedur yang betul untuk menangkap gambar anda.
  18. Kemudian, setelah selesai, tekan butang GAMBAR DEPAN MYKAD, dan upload gambar MyKad anda ke sistem. Saiz gambar anda mestilah tidak melebihi daripada 500KB. Format yang dibenarkan ialah JPG dan PNG.
  19. Kemudian, tekan butang GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD. Upload gambar anda bersama MyKad anda ke sistem. Saiz gambar anda mestilah tidak melebihi daripada 500KB. Format yang dibenarkan ialah JPG dan PNG.
  20. Seterusnya, pada ruangan Masukkan Captcha, masukkan kod Captcha yang tertera di atas ruangan tersebut.
  21. Kemudian, tekan link Dasar Privasi. Pastikan anda membaca kesemuanya.
  22. Sekiranya anda bersetuju, tekan butang HANTAR.
  23. Pendaftaran anda akan diproses dan diverifikasi oleh Pegawai SPR. Permohonan pendaftaran anda akan diproses pada hari yang sama sekiranya dihantar pada jam antara 8 pagi sehingga 12 tengah hari pada hari yang sama. Sekiranya permohonan dihantar selepas jam 12 tengah hari, permohonan ini akan diproses pada hari yang berikutnya mengikut hari bekerja. Permohonan anda juga hanya akan diproses pada hari bekerja yang berikutnya sekiranya dihantar pada hari Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am.
  24. Apabila pengesahan telah dibuat, anda akan mendapat emel daripada pihak SPR.
  25. Buka emel tersebut. Emel ini ialah emel untuk memproses pengaktifan akaun anda.
  26. Tekan link yang tertera pada emel tersebut. Laman Pengaktifan Akaun akan tertera.
  27. Masukkan nombor MyKad anda dan password anda yang anda gunakan untuk akaun anda.
  28. Kemudian, klik butang MOHON TAC. Anda akan mendapat SMS daripada pihak SPR yang mengandungi kod TAC. Masukkan kod TAC itu pada ruangan tersebut.
  29. Klik butang HANTAR.
  30. Pendaftaran online anda berjaya. Paparan login akan tertera. Untuk login ke akaun anda, masukkan nombor MyKad anda, password anda dan masukkan juga kod Captcha yang tertera dan tekan butang LOG MASUK. Anda akan dapat akses akaun MySPR Daftar anda.

 

Cara Daftar Mengundi Secara Offline PRU-15

Untuk Pemilih Biasa

  1. Datang sendiri ke mana-mana pusat pendaftaran untuk mengundi. Pusat pendaftaran pengundi di seluruh Malaysia adalah seperti berikut:
    1. Kaunter Pendaftaran Pemilih di Ibu Pejabat SPR Malaysia, Putrajaya
    2. Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri
    3. Pejabat-pejabat POS Malaysia di seluruh negara
    4. Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
    5. Pejabat-pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri. Klik pada laman web berikut http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission.
    6. Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan
  2. Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  3. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana maklumat diri anda yang tertera dalam kad pengenalan anda.
  4. Jika anda berpuas hati, tandatangan pada borang pendaftaran tersebut.
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Mendaftar undi bagi pengundi tidak hadir PRU-15

Anggota Tentera

  1. Cara daftar mengundi untuk anggota tentera tidak sama dengan orang awam.
  2. Pendaftaran sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) dalam kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlulah:
    1. Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP.
    2. Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
    3. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul.
    4. Jika anda berpuas hati, tandatangan pada borang pendaftaran tersebut.
    5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.
    6. Diingatkan bahawa Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
    7. Selain itu, hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

Untuk Pengundi Dalam Kalangan Warganegara Malaysia Yang Berada Di Luar Negara PRU-15

  • Untuk Pengundi Dalam Kalangan Warganegara Malaysia Yang Berada Di Luar Negara
  • Cara daftar mengundi untuk rakyat Malaysia di luar negara juga sedikit berlainan.
  • Penjawat Awam atau pelajar yang sedang berada di luar negara juga akan dikira sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH). Pendaftaran PTH dalam kalangan mereka ini, serta pasangan mereka akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
  • Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara):
    • Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
    • Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
    • Nyatakan alamat tempat tinggal di luar negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
    • Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul.
    • Jika anda berpuas hati, tandatangan pada borang pendaftaran tersebut.
    • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
    • Perlu diingatkan bahawa hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan).
    • Selain itu, warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
    • Di samping itu, status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.

 

TARIKH-TARIKH PENTING PRU-15

Berikut adalah merupakan tarikh – tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang telah diumumkan oleh SPR iaitu:

  • Tarikh Keluar Writ : 20 Oktober 2022
  • Tarikh Penamaan Calon: 5 November 2022
  • Tarikh Undi Awal: 15 November 2022
  • Hari Pengundian: 19 November 2022

Untuk penerangan lebih lanjut boleh merujuk jadual di bawh:

TARIKH

KETERANGAN

10 Oktober 2022

Pembubaran rasmi Parlimen

20 Oktober 2022

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa pilihan raya ke-15 akan berlangsung pada 19 November 2022

05 November 2022

Proses penamaan calon untuk pilihan raya umum bermula, dan tarikh akhir untuk penghantaran kertas pencalonan calon

05 November 2022

Tempoh berkempen 14 hari bermula

15 November 2022

Pengundian awal bermula

19 November 2022

Hari pengundian

Akan Dikemaskini

Angkat sumpah Perdana Menteri yang baru

 

PROSES PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU-15)

Berikut adalah merupakan proses pilihanraya PRU-15 yang diterangkan di laman web SPR:

  1. Pembubaran Parlimen
    • Perdana Menteri emndapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen
  2. SPR Terima Pemakluman Rasmi Daripada Speaker
    • Setelah pembubaran dewan rakyat, SPR akan menunggu pemakluman rasmi daripada speaker menyatakan dewan rakyat telah di bubarkan maka tidak kurang 4 hari dan tidak lebih 10 hari SPR akan mengadakan mesyuarat khas.
  3. Mesyuarat Khas SPR
    • Mesyuarat Khas SPR adalah bertujuan untuk menentukan tarikh-tarkh penting Pilihan Raya PRU-15 yang telah ditetapkan seperti:
      • Tarikh Hari Penamaan Calon PRU-15
      • Tarikh Hari Undi Awal PRU-15
      • Tarikh Hari Mengundi PRU-15
  4. Pegawai Pengurus Terima Writ Daripada SPR
    • Setelah mengadakan mesyuarat khas dan menentukan tarikh-tarikh.
    • SPR akan melantik Pegawai Pengurus melalui Writ.
    • Writ Pilihan Raya adalah surat kuasa yang dikeluarkan oleh SPR kepada Pegawai Pengurus untuk melaksanakan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil apabila berlaku kekosongan di bahagian pilihan raya berkenaan.
  5. Pegawai Pengurus Keluar Notis
    • Setelah dilantik Pegawai Pengurus akan mengeluarkan suatu NOTIS PEMBERITAHUAN kepada orang ramai tentang kekosongan Dewan Rakyat/DUN dan pelawaan untuk penamaan calon bagi mengisi kerusi tersebut.
    • Notis mengandungi butiran masa dan tempat penamaan calon. Notis perlu di tampal di tempat-tempat awam yang mudah dilihat.
  6. Penamaan Calon
    • Penamaan Calon adalah suatu hari yang ditetapkan bagi membolehkan mana-mana rakyat yang layak dan ingin menjadi Calon untuk bertanding Hadir bersama Pencadang dan Penyokong bagi menyerahkan kertas penamaan kepada Pegawai Pengurus antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
  7. Kempen
    • Setelah diumumkan suatu bahagian pilihan raya itu dipertandingkan Calon-calon boleh mula berkempen dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.
    • Kempen dipantau oleh Pasukan Penguat kuasa kempen Pilihan Raya.
  8. Pengundian Awal
    • Pengundian Awal akan dijalankan tidak kurang daripda 3 hari sebelum Hari Mengundi.
    • Pengundian awal melibatkan :
      • Polis
      • Tentera dan Pasangan
      • PGA dan Pasangan
    • Mana-mana orang yang tidak dapat hari pengundian awal kerana bertugas pada hari mengundi boleh memohon untuk mengundi secara pos.
  9. Pengundian
    • Hari mengundi adalah Hari yang telah ditetapkan oleh SPR untuk pemilih yang berdaftar di bahagian pilihan raya yang telah ditetapkan untuk mengundi dijalankan dan berakhir apabila keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus.
    • Tarikh PRU15 akan ditetapkan dan akan dikemaskini di sini.
  10. Penjumlahan Rasmi Undi / Keputusan
    • Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing akan menjumlah undi yang diterima daripada Ketua Tempat Mengundi dan Penolong Pengurus Pengundian Pos dan mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi bahagian pilihan raya masing-masing.
    • Setelah mendapat keputusan rasmi daripada semua bahagian pilihan raya di semua negeri, SPR disuatu tempat yang ditetapkan bagi tujuan mengumumkan keputusan pilihan raya seterusnya mengisytiharkan parti yang mendapat majoriti mudah/ dua pertigas untuk membentuk kerajaan.

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN PENGUNDI AUTOMATIK (PPSA) SPR

3 thoughts on “TARIKH PENTING PRU-15 (Penamaan Calon & Hari Mengundi SPR)”

Leave a Comment