WISE CARD : CARA APPLY & GUNA (Berapa Annual Fee)

WISE CARD : CARA APPLY & GUNA (Berapa Annual Fee)

WISE CARD

Kepada anda yang mungkin perlukan perkhidmatan pemindahan wang ke luar negara dengan kadar cepat dan mudah, anda boleh menggunakan akaun WISE. Pernahkah anda mendengarnya dan bagaimana cara untuk daftarkan? Disini kami kongsikan cara daftar akaun dan cara mohon WISE Card, semoga membantu.

 

APA ITU WISE

Wise adalah sebuah syarikat yang menggunakan sistem paling moden dan selamat. Ianya sangat sesuai digunakan pada masa sekarang dengan hanya mempunyai perkhidmatan internet yang baik

 

KELEBIHAN APLIKASI WISE

Kelebihan Wise adalah untuk kirimkan wang ke Luar Negara (terdapat lebih 80 Negara). Terdapat 2 kaedah tranfer wang menggunakan Wise iaitu:

  1. Fast Tranfer – duit masuk ke akaun penerima dalam masa beberapa minit
  2. Standart Tranfer – duit masuk ke akaun penerima dalam masa 30 minit
  3. Anda boleh beli matawang asing terus menggunakan aplikasi Wise
  4. Wise membolehkan anda menyimpan mata wang asing
  5. Wise menawarkan caj paling minima bagi nilai tukaran wang asing berbanding bank tempatan
  6. Wise juga ada kad Visa yang berfungsi seperti kad debit bank
  7. Anda boleh withdraw duit di mesin ATM menggunakan kad Wise

 

CARA DAFTAR AKAUN WISE

Bagi permulaan, penghantar dan penerima hendaklah daftar akuan Wise terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar:

  1. Layari pautan Wise: https://wise.com/
  2. Klik pada Register
  3. Anda boleh membuat pilihan daftar sama ada:
    • Menggunakan email – pastikan yang aktif
    • Daftar dengan akaun Facebook/Google/Apple
  4. Sekiranya pilih email, klik Next
  5. Masukkan no telefon anda, dan klik Send Verification Code. Masukkan Code yang diterima
  6. Isikan butiran yang diperlukan dan ciptakan Katat Laluan anda
  7. Kemudian memuat naik ID/My Kad/Pasport anda
  8. Kemudian anda dikehendaki Selfie muka anda sebagai pengesahan
  9. Tekan Sign Up
  10. Pendaftaran akaun Wise anda selesai.

 

CARA GUNA APLIKASI WISE UNTUK TRANFER DUIT

Setelah selesai proses daftar seperti di atas, berikut adalah cara meggunakan Wise untuk tranfer wang ke Luar Negara:

  1. Layari pautan Wise: https://wise.com/
  2. Log Masuk akaun anda mengguna Email dan Kata Laluan anda, tekan Login
  3. Akan terpapar kalkulator online Wise. Anda boleh tukar Matawang Negara yang anda inginkan, contoh Malaysia, anda pilih MYR
  4. Masukkan jumlah yang anda ingin tranfer
  5. Terdapat 2 jenis pilihan tranfer iaitu:
    • Easy Tranfer:
      • fi yang dikenakan tinggi sedikit.
      • Mengguna online banking anda di malaysia untuk membuat bayaran kepada Wise (CIMB Clicks/Maybank2u)
    • Low Cost Tranfer
      • Fi yang dikenakan rendah sedikit
      • Membuat bayaran kepada Wise secara manual di akaun bank anda
  6. Setelah anda pilih jenis pilihan, akan tertera jumlah duit bersih yang akan penerima dapat. Pastikan anda tukar jenis matawang negara penerima. (sekiranya Indonesia, pilih IDR)
  7. Sekiranya anda ingin melihat perbandingan guna Wise atau bank, anda boleh klik pada Compare Price, sekiranya ingin teruskan klik Continue
  8. Seterusnya klik pada Personal
  9. Isi kan maklumat yang diperlukan, sahkan maklumat anda dan klik Continue
  10. Seterusnya pada bahagian anda kirim wang kepada siapa, pilih pilhan anda sama ada MySelf/Someoen Else/Business or Charity.
  11. Akan terkeluar Pop Up borang maklumat penerima. Anda dikehendaki lengkapkan maklumat penerima, sahkan dan klik Confirm
  12. Lengkapkan pengesahan yang diperlukan, Contoh, Anda rakyat Indonesia, bekerja di Malaysia lebih dari 12 bulan:
    •  Nationality: Indonesia
    • Residence Of Country: Malaysia
  13.  Setelah lengkap klik Confirm and Continue
  14. Muat naik dokumen pengesahan yang diperlukan (sekiranya berkaitan)
  15. Seterusnya pada bahagian pembayaran, ikuti arahan pembayaran selanjutnya
  16. Selesai

 

CARA TUKAR DUIT LUAR NEGARA GUNA WISE

Untuk menukar mana-mana mata wang yang tersenarai dalam akaun WISE termasuk Ringgit Malaysia, berikut adalah merupakan caranya:

  • Contoh ingin menukar ke matawang Lira Turkiye.
  • Klik pada + > Currency Account > dan pilih Lira Turkiye
  • Klik + dan masukkan nilai Lira yang anda mahukan.
  • Terpaparkan berapa RM yang anda perlu bayar.
  • Wise tidak kenakan caj dan ianya adalah Fixed Exchange Rate. Bayar sehingga selesai.

 

CARA WITHDRAW DUIT CASH GUNA WISE

  • Sekiranya anda dah beli mata wang asing dan simpan dalam aplikasi Wise, nanti anda boleh keluarkan atau withdraw duit tersebut di ATM negara tersebut.
  • Pengeluaran adalah percuma bagi setiap 2 kali sebulan dengan kadar kurang RM1000. Jika lebih akan dikenakan RM5 bagi setiap transaksi.

 

KADAR CAJ WITHDRAW DUIT GUNA WISE

Kadar caj pengeluaran yang dikenakan di mesin ATM luar negara menggunakan Wise DI SINI

 

PERMOHONAN  KAD VISA WISE

Bagi memudah urusan anda membuat pembelian di luar negara, anda boleh memohon WIS Card. Berikut adalah merupakan caranya

  1. Log masuk aplikasi WISE
  2. Seterusnya klik pada Card > Order your card
  3. Masukkan butiran peribadi dan alamat rumah. Kad tersebut akan dihantar terus ke rumah anda berpandukan alamat tersebut.
  4. Anda boleh pilih penghantaran secara percuma atau DHL Express dengan kadar segera berharga lebih RM40. Akan dipaparkan tarikh bila kad tersebut akan sampai kepada anda.
  5. Tetapkan nama pada kad, no. pin dan akhir sekali buat pembayaran sehingga selesai
  6. Akhir sekali anda perlu buat pengesahan identiti dengan upload gambar MyKad atau menggunakan lesen memandu
  7. Anda hanya perlu tunggu kad sampai ke rumah anda
  8. Selesai

 

KADAR HARGA WISE CARD

  • Kad ini berharga RM13.70 dan boleh digunakan selama 5 tahun.

 

CARA GUNA WISE CARD

  • Anda boleh gunakan di mana-mana kedai yang anda logo Mastercard/Visa di seluruh dunia.

 

HARGA ANNUAL FEE WISE CARD

Tiada caj tahunan yang dikenakan, anda hanya dikenakan caj semasa pembelian kad dan semasa transaksi pengeluaran wang di ATM.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut cara daftar dan mengguna Wise, anda boleh layari potral rasmi Wise di pautan https://wise.com/

 

ARTIKEL LAIN

KAD BIGPAY:SENARAI KEGUNAAN & KELEBIHAN (Masalah BigPay Card Tak Sampai Hilang Expired)

3 thoughts on “WISE CARD : CARA APPLY & GUNA (Berapa Annual Fee)”

Leave a Comment