CARA TAMBAH DELETE PEKERJA RESIGN KWSP ONLINE (Bila Nak Add Buang)

CARA TAMBAH DELETE PEKERJA RESIGN KWSP ONLINE (Bila Nak Add Buang)

TAMBAH DELETE PEKERJA KWSP

Kepada para majikan yang ingin menambah atau membuat senarai nama pekerja di dalam KWSP syarikat anda, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan panduan kepada para majikan untuk tambah pekerja baharu dan delete bagi pekerja yang resign menerusi KWSP online, semoga membantu.

 

APA ITU KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

 

CARA TAMBAH PEKERJA KWSP ONLINE (Ada No ahli KWSP)

Kepada para majikan yang ingin menambah pekerja baharu yang telah mempunyai akaun KWSP ke dalam akaun KWSP majikan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan KWSP Online (Majikan) 
  2. Log masuk menggunakan User ID dan Kata Lalaun anda
  3. Pada paparan utama portal KWSP, klik pada Daftar Ahli KWSP
  4. Terdapat 3 pilihan yang akan tertera iaitu:
    1. Semak No KWSP Pekerja
    2. Daftar Ahli KWSP
    3. Semak Status Pendaftaran
  5. Bagi yang telah mempuyan akaun KWSP klik pada Semak No KWSP Pekerja
  6. Pada ruangan pilih satu, pilih no Kad Pengenalan.
  7. Masukkan No kad pengenalan pekerja baharu tersebut pada ruangan yang tersedia dan klik cari.
  8. Maklumat pekerja baharu tersebut akan tertera dan klik pada Tambah
  9. Selesai, anda telah berjaya tambahkan pekerja tersebut sebagai staf anda

 

CARA TAMBAH PEKERJA KWSP ONLINE (Tiada No ahli KWSP)

Kepada para majikan yang ingin menambah pekerja baharu yang telah mempunyai akaun KWSP ke dalam akaun KWSP majikan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan KWSP Online (Majikan)
  2. Log masuk menggunakan User ID dan Kata Lalaun anda
  3. Pada paparan utama portal KWSP, klik pada Daftar Ahli KWSP
  4. Terdapat 3 pilihan yang akan tertera iaitu:
    • Semak No KWSP Pekerja
    • Daftar Ahli KWSP
    • Semak Status Pendaftaran
  5. Bagi pekerja baharu yang taida akaun KWSP, klik pada Daftar Ahli KWSP
  6. Pada bahagian Butiran Ahli, masukkan segala maklumat yang diperlukan pada setiap bahagian iaitu:
    • Masukkan butiran ahli
    • Previu
    • Perakuan
  7. Untuk masukkan butiran ahli, majikan hendaklah perlu mendapatkan segala maklumat daripada pekerja baharu tersebut.
  8. Ikuti proses pendaftaran sehingga selesai
  9. Kemudian klik pada Semak Status Pendaftaran untuk melihat no ahli KWSP pekerja tersebut.
  10. Sekiranya telah ada no KWSP pekerja tersebut, anda dikehendaki untuk tambah pekerja baharu ini sebagai staf anda hendaklah ikuti langkah seperti CARA TAMBAH PEKERJA KWSP ONLINE (Ada No ahli KWSP) di atas.

 

CARA DELETE PEKERJA RESIGN KWSP ONLINE

Kepada para majikan yang ingin hapus/delete para pekerja  yang telah resign daripada KWSP syarikatnya, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan KWSP Online (Majikan)
  2. Log masuk menggunakan User ID dan Kata Lalaun anda
  3. Pada paparan utama portal KWSP, klik pada Caruman > Caruman
  4. Paparan caruman bulan semasa akan tertera, klik pada Hantar Caruman
  5. Pada bahagian Bulan Caruman, kenyataan caruman bulan semasa akan tertera, klik Seterusnya
  6. Pada bahagian Butiran Caruman, pastikan anda tick pada Sama Seperti Caruman Terkini Yang Dikreditkan dan klik seterusnya
  7. Pada bahagian carian pekerja, pilih senarai nama pekerja yang telah resign tersebut dan klik pada ikon hapus (dustbin warna merah)
  8. Selesai, anda telah berjaya delete kan pekerja tersebut sebagai staf anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara tambah pekerja baharu dan hapus pekerja yang berhenti dalam akaun KWSP syarikat bagi majikan, anda boleh merujuk soalan lazim (FAQ) KWSP Online

ARTIKEL BERKAITAN:

2 thoughts on “CARA TAMBAH DELETE PEKERJA RESIGN KWSP ONLINE (Bila Nak Add Buang)”

Leave a Comment