CARA DAPATKAN BANK STATEMENT BANK ISLAM (Penyata Kewangan)

CARA DAPATKAN BANK STATEMENT BANK ISLAM (Penyata Kewangan)

PENYATA BANK ISLAM

Sekiranya anda pelanggan kepada Bank Islam dan ingin mendapatkan bank statement anda bagi tujuan tertentu, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkan dengan paling pantas. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara download penyata Bank Islam IB, semoga membantu.

 

APA ITU BANK STATEMENT

Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

 

CARA DAPATKAN PENYATA BANK ISLAM GUNA ONLINE BANKING

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Lawati laman rasmi Bank Islam Internet Banking 
  2. Masukkan User ID dan Password Anda dengan betul.
  3. Di bahagian menu, pilih My Accounts > E-Statement > Download > Account/Card
  4. Pilih bulan penyata yang ingin anda muat turun, klik Submit.
  5. Senarai akaun E-Statement Anda akan dipaparkan. Pilih dan klik pada Tarikh Penyataan tertentu untuk memuat turun Pernyataan.

 

CARA DAPATKAN PENYATA BANK ISLAM GUNA ATM

Untuk dapatkan penyata mini anda boleh dapatkan di ATM. Penyata mini hanya menyediakan sebahagian transaksi sahaja. Berikut adlaah merupakan cara untuk dapatkan penyata mini di ATM:

  1. Kunjungi cawangan ATM Bank Islam berhampiran anda
  2. Masukkan Kad ATM pada slot yang tersedia.
  3. Sila pilih Bahasa yang anda inginkan
  4. Masukkan PIN Kad ATM Anda dan klik Teruskan
  5. .Pilih Bank Islam > Khidmat Penyata > Penyata Mini
  6. Seterusnya klik Cetak. Ambil penyata mini tersebut

 

CARA DAPATKAN PENYATA BANKISLAM DI KAUNTER

Sekiranya anda ingin mendapatkan bank statement di kaunter Bank Islam, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kunjungi cawangan Bank Islam berhampiran anda
  2. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa Anda ingin dapatkan bank statement Bank Islam.
  3. Pegawai bank akan membantu Anda print penyata bank.

 

CARA MELANGGAN PENYATA AKAUN BANK ISLAM ONLINE

Terkini anda boleh mendapatkan bank sttatement bank islam anda secara online pada setiap bulan. Berikut adalah merupakan cara langganannya:

  1. Lawati laman rasmi Bank Islam Internet Banking
  2. Masukkan User ID dan Password Anda dengan betul.
  3. Klik My Accounts > E-Statement > Maintenance
  4. Pilih New Status, klik Subscribe
  5. Klik Request i-Access Code (IAC), masukkan kod IAC dan klik Confirm

 

 SOALAN LAZIM (FAQ) PENYATA AKAUN BANK ISLAM

Adakah dikenakan bayaran atau caj jika di download?

  • Perkhidmatan tanpa bayaran ini (percuma)

Adakah muat turun penyata ini selamat?

  • Ya,dan dijamin kerana maklumat anda dilindungi dengan ciri keselamatan terkini dan memerlukan kata laluan PDF yang hanya anda tahu.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penyata bank saya?

  • Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata bank di cawangan bank yang berdekatan anda.
  • Jika anda boleh mengakses akaun bank anda menerusi Perbankan Internet, log masuk dan anda boleh memuat turun penyata bank di situ.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan mengenai bank statement Bank Islam, anda boleh merujuk:

  • Bank Islam Contact Center yang beroperasi 24 jam setiap hari (termasuk Cuti Umum) Panggilan dari Tempatan/Luar Negara: 03-26 900 900

 

ARTIKEL LAIN

BI WINBIZ BANK ISLAM (Permohonan Pembiayaan Khas Usahawan Wanita PKS)

1 thought on “CARA DAPATKAN BANK STATEMENT BANK ISLAM (Penyata Kewangan)”

Leave a Comment