CARA DAFTAR AKAUN ETIQA SMILE (Submit Medical Claims Semak Polisi Insurans)

CARA DAFTAR AKAUN ETIQA SMILE (Submit Medical Claims Semak Polisi Insurans)

DAFTAR AKAUN ETIQA SMILE

Kepada anda pelanggan kepada syarrikat Insuran Etiqa, anda kini boleh memuat turun aplikasi Etiqa Smile bagi memudahkan urusan anda untuk membuat permohonan atau menyemak polisi insuran. Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda mendaftar akaun terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU ETIQA SMILE

Etiqa Smile ialah aplikasi semua-dalam-satu yang dicipta oleh Etiqa Insurance dan Takaful untuk kemudahan pelanggannya

 

PERKHIDMATAN ETIQA SMILE

Berikut adalah merupakan perkhdimatan tersedia melalui aplikasi ini iaitu:

  • Memaparkan semua perlindungan anda di satu tempat
  • Menunjukkan bengkel kereta yang disyorkan
  • Cari hospital panel berdekatan, membuat tuntutan perubatan dan semak status Surat Jaminan

 

MUAT TURUN APLIKASI ETIQA SMILE

Bagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun aplikasi Etiqa Smile ini pada pautan di bawah:

 

CARA DAFTAR AKAUN ETIQASMILE

Semua ahli sedia ada akan didaftarkan ke dalam system Etiqa secara automatik. Butiran ahli akan dipaparkan selepas tempoh 1 bulan dari tarikh berkuatkuasa.  Berikut adlaah merupakan cara pendaftarannya.

  1. Buka aplikasi Etiqa Smile di telefon anda
  2. Pada paparan utama klik pada Sign Up
  3. Masukkan no telefon anda pada ruangan tersedia, tick pada terma dan syarat kemudian klik pada Request OTP
  4. Masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS dan klik Continue
  5. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia seperti:
    • Nama
    • No Kad Pengenalan
    • Tarikh Lahir
    • Email
  6. Setelah selesai klik Continue, dan klik Confirm sebagai pengesahan
  7. Anda akan menerima kod pengesahan melalui email. Masukkan kod pengesahan yang diterima melaui email ke ruangan yang disediakan
  8. Seterusnya anda dikehendaki untuk mencipta 6 digit passcode keselamatan
  9. Selesai, akaun anda telah berjaya didaftarkan

 

CARA TUNTUTAN PERUBATAN GUNA ETIQA SMILE

Kepada anda yang ingin membuat tuntutan melalui aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Etiqa Smile di telefon anda dan log masuk ke dalam akaun anda
  2. Pada paparan menu utama klik pada Submit Claims
  3. Pilih jenis tuntutan yang ingin dibuat
  4. Pilih perlindungan yang ingin dituntut
  5. Pilih individu yang ingin membuat tuntutan
  6. Isi dan muat naik semua butiran yang diperlukan seperti:
    • Bil asal
    • Resit
    • Laporan Perubatan
    • Lain-Lain dokumen berkaitan
  7. Pastikan pada dokumen tersebut tuliskan ‘Submitted To Etiqa’ sebelum dimuat naik
  8. Semak, sahkan butiran tuntutan dan selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi Etiqa Smile, anda boleh merujuk pada porta rasmi Etiqa 

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “CARA DAFTAR AKAUN ETIQA SMILE (Submit Medical Claims Semak Polisi Insurans)”

Leave a Comment