CARA BUAT RAYUAN BKSS
Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) kepada rakyat Sarawak pada 23 Mac 2020 yang bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah kumpulan B40 dalam menghadapi kesan penularan wabak COVID-19.
Penerima BKSS adalah penduduk Sarawak yang merupakan Ketua Isi Rumah dan tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
CARA BAYARAN BKSS
Penerima BKSS yang mempunyai akaun simpanan bank akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan secara bulanan sebanyak RM250 untuk enam (6) bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

- APRIL : RM250
- MEI : RM250
- JUN : RM250
- JULAI : RM250
- OGOS : RM250
- SEPTEMBER : RM250
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa :
a) Fasa Pertama (RM750) : selepas 17 April 2020; dan
b) Fasa Kedua (RM750) : selepas 17 Julai 2020.
SEMAKAN KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN BKSS
- Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
- Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan
CARA BUAT RAYUAN BKSS
Terdapat 2 cara :
1.Rayuan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan dan sila hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon.
2.Permohonan rayuan juga boleh dibuat secara atas talian di laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
TARIKH BAYARAN BKSS
Bantuan Khas Sarawakku Sayang akan disalurkan ke akaun masing-masing pada setiap 15 hari bulan bermuda April hingga September 2020
MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan:
Talikhidmat –Tel:082-555 999 / e-mail:[email protected]