NIKAH SIAM THAILAND (Cara Daftar Surat Nikah Proses & Harga Denda)

NIKAH SIAM THAILAND (Cara Daftar Surat Nikah Proses & Harga Denda)

NIKAH SIAM THAILAND

Kepada anda yang mempunyai perancangan ingin bernikah di siam, Thailand semestinya perlu mengetahui prosesnya dan dokumen diperlukan. Tetapi anda perlu mendaftarkan perkahwinan di Malaysia untuk dapatkan surat nikah berserta bayaran dengan yang akan dikenakan. Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

PROSES NIKAH SIAM THAILAND

Berikut adalah merupakan prosuder perkahwinan di Siam:

  • Ambil kira perkara berikut dalam memilih tarikh untuk nikah di Thailand.
    • Pejabat Agama Songkhla ditutup setiap Jumaat
    • Konsulat Malaysia ditutup setiap Sabtu dan Ahad
    • Kalau Malaysia cuti, Konsulat Malaysia pun cuti
    • Untuk cuti Thailand tertentu, Konsulat Malaysia pun cuti
  • Apa yang perlu dibawa ke thailand
    • Pas Sempadan (penduduk Kedah, Perlis, Kelantan, Hulu Perak sahaja) atau Pasport
    • Kad Pengenalan
    • Surat cerai yang asal (janda sahaja)
    • Surat kematian suami yang asal (balu sahaja)
    • Surat atau kad mualaf (mualaf sahaja)
    • Visa dari kedutaan Thailand (warga asing dari negara tertentu sahaja)
    • Kamera atau fon yang boleh rakam video akad nikah (untuk perbicaraan di mahkamah bila balik nanti)
  • Dokumen Pendaftaran Nikah di Thailand
    • Semua dokumen dari Pejabat Agama di Thailand perlu disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla
    • Dokumen dari Thailand yang tak ada pengesahan Konsulat akan dianggap sebagai dokumen palsu oleh Mahkamah Syariah di Malaysia
    • Senarai dokumen yang diperlukan mungkin berbeza sedikit dari satu negeri ke satu negeri. Dapatkan senarai terkini dari Pejabat Agama di tempat tinggal sendiri.
    • Berikut adalah senarai dokumen untuk pendaftaran perkahwinan di Selangor, bagi perkahwinan yang berlangsung di luar Malaysia, termasuk untuk daftar nikah di Thailand.

 

TINDAKAN SEGERA SEKIRANYA NIKAH DI SIAM 

  • Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan mereka apabila kembali ke tanah air.

 

KESALAHAN DAN HUKUM NIKAH DI SIAM 

Mahkamah Syariah di Malaysia boleh mengenakan hukuman untuk kesalahaan seperti berikut:

  • Nikah di luar mukim tanpa kebenaran
  • Poligami tanpa kebenaran
  • Daftar lambat (selepas 6 bulan)

 

KADAR BAYARAN DENDA NIKAH DI SIAM 

  • Untuk setiap kesalahan, pasangan yang nikah di Thailand tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman denda tak lebih dari RM1,000 seorang, atau penjara tak lebih dari 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.

 

CARA PENDAFTARAN NIKAHSIAM DI MALAYSIA

Berikut adalah merupakan cara pendaftaran nikah siam di Malaysia untuk dapatkan sijil nikah:

  • Setelah balik ke Malaysia dengan dokumen lengkap (termasuk surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla), pergi ke Pejabat Agama Islam berhampiran dan mohon borang pendaftaran nikah luar negara.
  • Pegawai yang memberikan borang itu akan menjelaskan apa yang harus dilakukan, termasuk salinan dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan itu.
  • Diantara dokumen yang perlu ialah
    • Surat nikah
    • Surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di Siam
    • Gambar bersdama jurunikah dan saksi
    • Surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla
    • Keputusan ujian HIV
    • Sijil pra-perkahwinan (bagi pernikahan kali pertama)
    • Salinan surat nikah/cerai terdahulu (jika ada)
    • Beberapa dokumen lain yang berkaitan
  • Pendaftar nikah akan semak semua dokumen itu, dan kes akan dibawa ke mahkamah syariah untuk perbicaraan pengesahan nikah.
  • Setelah selesai proses mahkamah dan selepas dibayar apa-apa denda yang dikenakan, pernikahan itu akan didaftarkan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA MASUK NEGARA THAILAND TERKINI (Dokumen & Harga Border Pass)

 

1 thought on “NIKAH SIAM THAILAND (Cara Daftar Surat Nikah Proses & Harga Denda)”

Leave a Comment