
CARA BERBELANJA DIKALA WABAK COVID 19
Jika anda bekerja makan gaji atau sebagai kakitangan awam, anda pasti tertanya bagaimana cara berbelanja dikala wabak covid 19? Adakah bajet anda seperti sediakala sahaja atau ada sedikit perubahan yang anda lakukan untuk memastikan diri anda dan keluarga lebih selamat dan dilindungi.
1.PERBELANJAAN MAKANAN DAPUR
Adakah anda mengubah perbelanjaan dapur anda dikala wabak covid 19? Contohnya anda lebih berhati-hati dalam membeli makanan berbentuk daging. Anda pasti mengelak makan makanan yang berisiko kepada wabak19. Berdasarkan langkah yang diambil tadi, adakah ia mengurangkan perbelanjaan makanan dapur anda atau menambahkan lagi perbelanjaan anda.
2.PERBELANJAAN HIBURAN
Biasanya anda dan keluarga akan keluar untuk pergi ke shopping mall untuk makan-makan atau ke taman tema untuk berhibur. Adakah dikala wabak19 anda masih melakukan aktiviti hiburan seperti biasa? Biasanya anda perlu wang untuk berbelanjan untuk hiburan seperti menonton wayang dan membayar tiket untuk taman tema. Jika anda tidak melakukan aktiviti tersebut, mungkin perbelanjaan anda kepada hiburan diluar boleh dijimatkan dan disalurkan kepada simpanan atau ke arah perbelanjaan yang lain.
3.PERBELANJAAN ALAT KESIHATAN DAN UBAT
Adakah anda lebih peka kepada aspek kesihatan dikala wabak 19? Contohnya anda cepat-cepat ke klinik untuk mendapat rawatan sekiranya berlaku deman,batuk dan sebarang gejala yang berkaitan dengan covid 19. Hal ini juga mempengaruhi perbelanjaan anda. Selain itu, anda juga perlu membeli topeng keselamatan dan membeli alatan seperti alat mencuci tangan bagi memastikan tidak berlaku jangkitan covid 19 dalam keluarga anda.
4.PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI RUMAH
Walaupun anda banyak meluangkan masa dirumah untuk mengelakkan tempat tumpuan ramai. Anda juga perlu perbelanjaan untuk aktiviti pendidikan di rumah seperti membeli majalah,akhbar dan buku cerita untuk dibaca semasa sedang meluangkan masa berada di rumah.
5.PERBELANJAAN BIL
Meluangkan masa di rumah juga boleh meningkatkan perbelanjaan bil dirumah anda. Contohnya bil elektrik yang berkaitan dengan kelengkapan rumah seperti penghawa dingin, televisyen dan penapis udara. Penggunaan yang lebih daripada kebiasaan akan meningkatkan bil elektrik di rumah anda. Jadi anda perlu mengambil kira perbelanjaan bil yang mungkin meningkat akibat banyak meluangkan masa dirumah ekoran wabak covid 19.
KESIMPULAN
Wabak covid 19 banyak mempengaruhi perbelanjaan seharian dan bulanan kita. Jadi anda kena pandai mengurus perbelanjaan anda semasa wabak covid 19.
You’ve got good information these.
Thanks, this website is extremely handy.
The info is incredibly unique.