SEMAK SYARAT BUKA AKAUN CIMB 2024(Bawah 18 Tahun Pelajar Warga Asing & Bayaran)

SEMAK SYARAT BUKA AKAUN CIMB 2024(Bawah 18 Tahun Pelajar Warga Asing & Bayaran)

SYARAT BUKA AKAUN CIMB

Kepada anda yang ingin membuka akaun simpanan bank, semestinya anda perlu semak syarat buka akaun simpanan terlebih dahulu. Ini kerana untuk mengetahui kelayakan bagi jenis akaun simpanan  yang tersedia kerana ianya mempunyai peraturan dan kelayakan yang tidak sama. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai semak syarat bagi buka akaun simpanan CIMB bagi semua jenis akaun yang tersedia, semoga membantu.

 

CARA BUKA AKAUN SIMPANAN CIMB

Membuka akaun CIMB boleh dilakukan secara online atau di cawangan Maybank yang berhampiran. Maybank menawarkan banyak pilihan simpanan yang boleh disesuaikan dengan keperluan pelanggan.

 

SYARAT BUKA AKAUN SIMPANAN ASAS CIMB

Berikut adalah merupakan syarat-syarat bagi pembukaan akaun ini aitu:

  • Permohonan untuk membuka Akaun Simpanan mesti dilakukan menggunakan borang piawai Bank atau saluran lain yang dibenarkan.
  • Pemohon mesti mematuhi semua keperluan Bank untuk membuka Akaun Simpanan.
  • Jumlah minimum deposit yang perlu untuk membuka dan mengekalkan Akaun Simpanan Asas dan/atau Akaun Simpanan Asas Senior adalah RM20. Walau bagaimanapun, Bank boleh mengubahnya pada bila-bila masa.
  • Bergantung kepada jenis Akaun Simpanan yang dibuka, Bank boleh memilih untuk mengeluarkan atau untuk tidak mengeluarkan suatu buku simpanan kepada pemegang akaun

 

SYARAT BUKA AKAUN SIMPANAN-I CIMB

Berikut adalah merupakan syarat-syarat bagi pembukaan akaun ini aitu:

  • Wang yang didepositkan dalam Akaun Simpanan-i hendaklah dalam Ringgit Malaysia (“RM”) sahaja.
  • Semua permohonan untuk membuka Akaun Simpanan-i hendaklah dibuat secara peribadi dengan borang yang disediakan oleh Bank.
  • Penerimaan dan penggunaan berterusan Akaun Simpanan-i adalah sepenuhnya mengikut budi bicara mutlak Bank.
  • Pemohon hendaklah mematuhi semua keperluan Bank untuk membuka Akaun Simpanan-i.
  • Jumlah minimum deposit permulaan yang perlu dideposit dan dikekalkan adalah RM20. Walau bagaimanapun, Bank boleh mengubahnya pada bila-bila masa.
  • Operasi Akaun Simpanan-i (selain daripada Akaun Simpanan Ecosave-i) hendaklah dibuat melalui buku simpanan atau pernyataan yang ditentukan oleh jenis Akaun Simpanan-i.

 

SYARAT BUKA AKAUN CIMB ONLINE (OCTOSAVERS)

Berikut adalah merupakan syarat-syarat bagi pembukaan akaun ini aitu:

  • Pemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas
  • Merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan atau MyKad.
  • Mempunyai nombor telefon dan alamat email yang sah.
  • Tidak mempunyai mana-mana akaun semasa/simpanan CIMB sebelum ini.
  • Mempunyai akaun bank lain (selain CIMB) yang didaftarkan atas nama sendiri.
  • Mestilah mendeposit RM20 bagi pembukaan akaun ini. Walau bagaimanapun, Bank boleh mengubahnya pada bila-bila masa.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai syarat-syarat bagi pembukaan akaun, anda boleh merujuk portal rasmi CIMB Bank 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment