BORANG PROFILING IBU TUNGGAL:DAFTAR & KEMASKINI BANTUAN IBU TUNGGAL JPW

BORANG PROFILING IBU TUNGGAL:DAFTAR & KEMASKINI BANTUAN IBU TUNGGAL JPW

BORANG PROFILING IBU TUNGGAL

Melihatkan kepada maksud definisi golongan dan kumpulan ibu tunggal, Kerajaan telah merangka pelbagai program sebagai cara membantu mereka di Malaysia bagi meneruskan survival dan sara hidup mereka selepas suami mereka meninggal dunia atau sudah ditinggalkan terutamanya yang terpaksa menanggung anak yang masih kecil dan bersekolah.

Bagaimana cara daftar dan kemaskini Bantuan Ibu Tunggal JPW? Disini kamki kongsikan caranya, semoga membantu.

Baca juga tentang BORANG UJIAN DASS: UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL KKM ONLINE & PDF

KATEGORI PEMOHON.

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut. Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

  • Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  • Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
  • Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh akhir bagi menghantar dan mengisi borang ini adalah pada 5 Julai 2021.

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara permohonan Borang Profiling Ibu Tunggal:

  1. Pergi ke pautan Borang Pofiling IbuTunggal Online: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScnBnbu_SoVHR8nHLRDX8DRdrsfOU0nz6rTPF-S8tZbhtyfOw/viewform
  2. Klik ‘Next‘.
  3. Isikan semua maklumat pada Bahagian A: Maklumat Peribadi dan klik ‘Next‘.
  4. Isikan semua maklumat pada Bahagian B: Maklumat Kewangan dan klik ‘Next‘.
  5. Isikan semua maklumat pada Bahagian C: Maklumat Keluarga/ Tanggungan dan klik ‘Next‘.
  6. Isikan semua maklumat pada Bahagian D: Cabaran dan klik ‘Submit‘.
  7. Borang anda berjaya dihantar.

SOALAN LAZIM

Apakah fokus inisiatif kerajaan untuk memperkasakan wanita?

Pelan Tindakan Pembangunan Wanita memfokuskan kepada ekonomi, kemiskinan, undang-undang, keganasan terhadap wanita, kesihatan, pendidikan dan latihan, sains dan teknologi, pembuat keputusan, mekanisme, jentera dan institut pembangunan Wanita, media, alam sekitar, sukan dan kebudayaan, kesenian dan warisan. Kesemua bidang fokus yang melibatkan kesejahteraan wanita ini berada dalam perhatian Kementerian.

Adakah terdapat pelan berkaitan ibu tunggal?

Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal telah ada sejak 2011 yang komprehensif merangkumi aspek pemerkasaan daripada segi ekonomi, sosial serta aspek penyelidikan dan penyelarasan. Pelan Tindakan tersebut mengambil kira pandangan dan maklum balas semua pihak yang berkepentingan.

Ketahui juga tentang PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL

MAKLUMAT LANJUT

Untuk malkumat lanjut boleh layari Web Rasmi Jabatan Pembangunan Wanita di pautan: https://www.jpw.gov.my/

Leave a Comment