BORANG PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)
Jika anda gagal mendapat bantuan BKSS walaupun sebenarnya layak. Maka anda perlu membuat permohonan rayuan BKSS.
Syarat Kelayakan Untuk Merayu:

Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.
Arahan: Semua maklumat hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat.
BORANG PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)
MUAT TURUN BORANG DISINI
Anda juga boleh isi online disini
Berikut adalah maklumat yang perlu disi oleh pemohon BKSS :
- MAKLUMAT PEMOHON
- BUTIRAN AKAUN
- BUTIRAN PASANGAN
- MAKLUMAT ANAK / TANGGUNGAN
- PERAKUAN
Soalan Lazim Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)
1. Siapakah yang layak untuk menerima BKSS?
Penerima BKSS adalah penduduk Sarawak yang merupakan Ketua Isi Rumah dan tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
2. Bagaimanakah bayaran untuk menerima BKSS akan dibuat?
Penerima BKSS yang mempunyai akaun simpanan bank akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan secara bulanan sebanyak RM250 untuk enam (6) bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran tunai boleh dituntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan mengemukakan kad pengenalan dan akan dibayar dalam dua fasa :
BACA : DAFTAR PERMOHONAN & SEMAKAN PERMIT BKSS 2020
a) Fasa Pertama (RM750) : selepas 17 April 2020; dan
b) Fasa Kedua (RM750) : selepas 17 Julai 2020.
3. Bagaimanakah saya boleh menyemak status penerimaan BKSS?
Anda tidak perlu membuat semakan. Sekiranya anda ada menerima BSH Januari 2020, secara automatiknya anda juga layak untuk menerima BKSS.
4. Bagaimana hendak membuat permohonan rayuan BKSS?
Rayuan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan dan sila hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon.
Permohonan rayuan juga boleh dibuat secara atas talian di laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
Tempoh rayuan adalah dari 18 April hingga 28 April 2020.
5. Bagaimana hendak menyemak keputusan rayuan?
Keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun 2020 melalui laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan
*Pemohon digalakkan untuk mengemukakan akaun bank bagi memudahkan bayaran bantuan disalurkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan:
Talikhidmat –Tel:082-555 999 / e-mail:[email protected]
saya punya bantuan BKSS tidak lulus. saya sudah semak di web . jawapan yg saya dpt data saya belom di daftar. senelom i ni saya sudah mohon secara online
Pemohonan tak di jumpai..mcm in..dah di semak tak jupa pula..saya mohon bantuan sarawak ku sayang 21 ke atas .permohonan saya di luluskan…
Assalamualaikum encik dan puan..saya nak tanya lah.. kenapa duit bkss saya tak masuk lagi bulan7 encik
Bulan 6 saya ada terima duit bkss tu..bulan ni saya belum terima lagi…
permohonan rayuan BKSS bujang
Sypun ada mohon online to bila disemak status..permohonan tidak dijumpai, Cuba mohon sekali tapi tarikh dah tutup..pe hal ni!!,
Tidak dapat serawak ku sayang
Kenapa bulan 7 duit bkss saya tak masuk.
bulan 4,5 dan 6 saya terima bantuan bkss tu..knapa bulan 7 tiada sehingga sekarang..mohon pencerahan dari pihak tuan/puan..
macam mana saya punya tu dari tarih 23.05.2020.samapai sekarang pun belum ada jawapan lagi.lulus ke tak saya pun tak tau.bila semak status dalam kemas kini.tapi ni dah bulan 10,sampai bila nak tunggu.mohon info.
Kenapa sya punts rekod tak dijumpai Macam mane nak mohon