PRUDENTIAL PAYMENT ONLINE (Berapa Jompay Biller Corporate Portal)

PRUDENTIAL PAYMENT ONLINE (Berapa Jompay Biller Corporate Portal)

PRUDENTIAL PAYMENT

Seperti sedia maklum, Prudential menawarkan perkhidmatan kewangan dan insurans kepada masyarakat. Sekiranya anda merupakan pelanggan Prudential Assurance, semestinya anda ingin mengetahui cara membuat bauaran (payment) secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU PRUDENTIAL ASSURANCE

Prudential Assurance menawarkan liputan insurans yang disediakan kepada pelanggan meningkat seiring dengan peningkatan usia pelanggan. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap pelanggan dilindungi sehingga akhir hayat.

SENARAI PRODUK PRUDENTIAL ASSURANCE

Berikut adalah merupakan antara produk yang ditawarkan oleh syarikat Prudential ini iaitu:

  • Insurans kesihatan
  • Insurans hayat
  • Insurans kekayaan
  • Perkhidmatan kad perubatan dan Tuntutan

 

CARA PAYMENT PRUDENTIAL ASSURANCE ONLINE

Pembayaran polisi insurans Prudential kini boleh dibuat secara atas talian menerusi portal korporat Prudential Assurance iaitu:

  1. Layari pautan https://epay.prudential.com.my
  2. Masukkan butiran yang dikehendaki dengan betul dan lengkap seperti nombor polisi insurans pelanggan, nombor kad pengenalan, kekerapan pembayaran, tujuan pembayaran serta kod keselamatan yang diberikan.
  3. Kemudian, klik pada e payment validate.
  4. Seterusnya, pilih kaedah pembayaran dan bayaran mestilah dibuat dengan klik pada butang Pay.
  5. Setelah selesai membuat prudential malaysia online payment, resit pembayaran berjaya akan dipaparkan untuk rujukan pelanggan. SMS atau emel juga akan dihantar kepada pelanggan jika pembayaran berjaya dibuat.

 

CARA PAYMENT PRUDENTIAL ASSURANCE JOMPAY BILLER CODE

Anda juga boleh membuat pembayaran menerusi perbankkan internet. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan online banking bank pilihan anda seperti Maybank, CIMB Bank, Public Bank Berhad, RHB Bank Berhad, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dan HSBC Bank Malaysia Berhad. Kaedah ini dikenali dengan kaedah prudential JomPAY biller code.
  2. Log masuk ke akaun bank yang dipilih.
  3. Seterusnya, pilih bahagian Bill Payment atau Pay Bill.
  4. Selepas itu, klik pada bahagian penama Prudential Assurance.
  5. Masukkan nombor polisi insurans dan juga nama pemegang polisi insurans.
  6. Klik pada butang Submit.
  7. Masukkan amaun bayaran yang ingin dibuat bagi insurans Prudential Assurance pelanggan.
  8. Sahkan data dan klik pada butang Confirm untuk membuat pembayaran.
  9. Selesai

 

 CARA PAYMENT PRUDENTIAL ASSURANCE DI CAWANGAN

Anda juga boleh membuat pembayaran di cawangan kaunter yang berhampiran. Berikut adalah merupakanc aranya:

  1. Terdapat 32 cawangan Prudential yang ada di Malaysia. Anda boleh menyemak cawangan berhampiran anda menerusi pautan ini prudential.com.my
  2. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan pemegang produk insurans.
  3. Hadir ke cawangan berhampiran anda dan mengambil nombor giliran dan pelanggan akan dipanggil oleh pegawai bertugas.
  4. Pembayaran adalah secara tunai, kad debit atau kad kredit. Setelah pembayaran selesai, resit akan diberikan sebagai bukti pembayaran.
  5. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara bayaran Prudential Assurance, anda boleh melayari poral rasmi Prudential di pautan https://www.prudential.com.my/en/

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment