BKM 2022 BELUM MASUK? Semak Status Pengkreditan
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Seperti yang diketahui, pembayaran BKM akan akan dilaksanakan selepas tamat tempoh pengemaskinian/permohonan. Tetapi bagaimana semasa tempoh pembayaran yang dimaklumkam, duit BKM 2022 belum masuk? Disini kami kongsikan kenapa duit BKM belum masuk dan cara semakan status pembayaran, semoga membantu.
KADAR BAYARAN BKM
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
Kategori Bantuan
| Pendapatan
| Bilangan Anak / Nilai Bantuan | ||
0 | 1-2 | ≥3 | ||
Isi Rumah
| RM2,500 dan ke bawah | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000
|
RM2,501 – RM5,000 | RM400 | RM600 | RM800
| |
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM5,000 dan ke bawah
| RM600 | ||
Bujang | RM2,500 dan ke bawah | RM350
|
CARA SEMAKAN STATUS BKM
Sebelum itu, anda perlu tahu adakah permohonan status BKM anda sama ada diterima , diluluskan atau tidak. Berikut adalah cara membuat semakan BKM:
- Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/
- Masukkan no kad pengenalan anda
- Masukkan kod catcha yang tertera
- Tekan semak
- Status BKM anda akan terpapar
SEMAK STATUS PENGKREDITAN BKM
Setelah anda membuat semakan,dan terdapat status pengkreditan di mana dipaparkan no akaun anda, ini bermakna permohonan BPM anda lulus.
Sekiranya pada paparan status kredit:
- Dalam Proses Pengkreditan – ini menunjukkan status kredit sedang dalam proses.
- Tiada Maklumat Bank Dipaparkan
- Jika tiada maklumat bank dipaparkan, kemungkinan anda akan menerima pembayaran melalui baucar.
- Anda perlu pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan pembayaran. Bawa bersama kad pengenalan semasa membuat penunaian baucer. Kemukakan juga nombor baucar tersebut.
CARA PEMBAYARAN PEMBAYARAN BKM
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:
- Ada akaun bank:
- Berjaya kredit
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
- Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
- Tiada akaun bank
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
- Berjaya kredit
ARTIKEL LAIN
DOKUMEN SOKONGAN BKM (Bagi Permohonan Baru/Semula)
Sampai sekarang status bkm dalam sistem dalam prose’s sahaja….
Adik saya dah lulus tapi masih tak masuk,dekat situ dah tulis nama akaun no akaun tapi tetap tak masuk kenapa erk?