BAYARAN iSINAR BULAN MAY: SEMAK TARIKH BAYARAN iSINAR

BAYARAN iSINAR BULAN MEI: SEMAK TARIKH BAYARAN iSINAR

BAYARAN iSINAR BULAN MEI

Kerajaan telah memperkenalkan portal i-Sinar kepada semua pencarum KWSP bagi memudahkan permohonan pengeluaran sehingga RM10,000.

KWSP telah menyatakan, jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM19.62 bilion, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu. terdapat juga bayaran secara PEMBAYARAN INTERIM i-SINAR

Baca juga tentang PERMOHONAN mySalam RM700 B40 BAGI YANG DIKENAKAN TEMPOH KUARANTIN

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN I-SINAR KWSP

Berikut adalah syarat kelayakan pengeluaran i-SINAR KWSP:

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

CARA MEMBACA JADUAL TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR KWSP

Semak tarikh pembayaran akaun anda

Anda telah menerima pembayaran i-Sinar bulan terkini(Januari/Februari) ?Cuba semak tarikh pembayaran i-Sinar  pada bulan Januari melalui i-akaun kwsp/ guna portal i-Sinar

Anda akan jumpa tarikh pembayaran kali pertama pada bulan Januari 2021.

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan pembayaran i-Sinar ,berikut adalah cara untuk membuat semakan :

SEMAKAN TARIKH BAYARAN iSINAR BULAN MAY MELALUI i-AKAUN KWSP

Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun :

  1. Pastikan anda mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan password.
  2. Lihat di bahagian ‘Withrawal’,
  3. Tekan Withrawal History
  4. Sila pilih i-SINAR & Klik perkataan i-SINAR
  5. Dipaparkan maklumat bayaran i-Sinar

Macam mana nak claim kredit  eBelia PEMERKASA sebanyak RM150?

MAKSUD TARIKH MULA BAYARAN BERULANG

  • Ia bermaksud bayaran i-Sinar anda bermula pada tarikh yang dipaparkan dan bayaran bulanan seterusnya juga pada tarikh yang sama.

MAKSUD TARIKH AKHIR BAYARAN BERULANG

  • Ia bermaksud bayaran i-Sinar anda akhir  adalah pada tarikh yang dipaparkan

*Mungkin ada sedikit kelewatan jika tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu/Ahad/Cuti Umum

SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR KWSP MELALUI PORTAL i-SINAR KWSP

  • Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang menggunakan portal i-Sinar. Bagi anda yang guna portal i-Sinar boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan tarikh bayaran anda.

SEMAKAN MELALUI SMS PIHAK KWSP

Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP

Ketahui juga tentang CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350

CARA MEMBACA JADUAL TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR

Tarikh pembayaran kali pertama pada bulan Januari 2021 boleh dijadikan panduan untuk bayaran bulan seterusnya.

Contohnya, jika bayaran bulan pertama pada 5 Januari 2021,maka bayaran bulan kedua,ketiga,keempat,kelima dan keenam juga pada 5 hari bulan setiap bulan.

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Leave a Comment