bantuantunai.hasil.gov.my (PERMOHONAN SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAKYAT)

bantuantunai.hasil.gov.my (PERMOHONAN SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAKYAT)

bantuantunai.hasil.gov.my

Kepada Individu yang layak dan memenuhi syarat menerima Sumbangan Tunai Rahmah 2023 ,anda boleh membuat semakan dan kemaskini secara online. Disini kami kongsikan cara untuk login dan membuat semakan atau kemaskini permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada (STR) dan akan terus ditambah baik.

 

SYARAT KELAYAKAN STR

Difahamkan bantuan tunai ini adalah diteruskan daripada Kerajaan terdahulu, di mana berkemungkinan ianya tidak jauh berbeza dengan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 / 2023 yang telah dibentangkan dalam Bajet 2023 sebelum ini.

 

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama

 

KADAR BAYARAN STR FASA 1

Berikut adalah merupakan kadar bayaran STR fasa 1 mengikut katagori iaitu:

KATEGORI PENERIMAKADAR STR FASA 1
Isi RumahRM300
Warga Emas Tiada PasanganRM100
BujangRM100

 

CARA SEMAKAN STR ONLINE (bantuantunai.hasil.gov.my)

Berikut adalah membuat semakan status STR anda:

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Masukkan no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status anda akan terpapar

 

KEMASKINI STR ONLINE

Berikut adalah merupakan senarai maklumat yang boleh  dikemaskini  sekiranya ada perubahan iaitu :

  • Status perkahwinan termasuk kahwin/ cerai/ kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN bantuantunai.hasil.gov.my

Untuk keterangan lanjut mengenai Sumbagan Tunai Rahmah, anda boleh layari ke laman web rasmi STR 

ARTIKEL BERKAITAN: 

  • myptv.my (Cara Semakan & Tebus Program Baucar Perlindungan Tenang)

1 thought on “bantuantunai.hasil.gov.my (PERMOHONAN SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAKYAT)”

Leave a Comment