BANTUAN ZAKAT TERENGGANU KHAS UNTUK ASNAF

BANTUAN ZAKAT TERENGGANU KHAS UNTUK ASNAF

BANTUAN ZAKAT TERENGGANU KHAS UNTUK ASNAF

Beruntung rakyat Terengganu kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) bakal memberi peruntukan bantuan Zakat Terengganu semasa PKPB bagi asnaf yang terjejas di negeri itu. Ini adalah PKP 2.0, iaitu susulan dari PKP 1.0 yang diumumkan kerajaan pada Mac 2020 yang lalu.

Untuk makluman, Terengganu termasuk dalam 6 negeri yang dikategorikan sebagai PKP Bersyarat (PKPB) pula iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.

Baca juga tentang TARIKH BAYARAN BPN 2.0: BAGI FASA 2 MULAI 21 JANUARI 2021 & SEMAKAN STATUS

BANTUAN KHAS UNTUK ASNAF

Jumlah peruntukan dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu untuk bantuan khas sempena PKP ini adalah sebanyak RM9.6 juta.

Ini adalah khusus untuk membantu meringankan beban golongan asnaf yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada tahun 2021 ini.

JUMLAH BANTUAN ZAKAT TERENGGANU RM300 – RM500

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M Rozi Bidin berkata, 24,000 golongan asnaf yang terkesan susulan PKPB bakal menerima bantuan khas antara RM300 dan RM500 setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang selalunya atas nama suami.

Kaedah pengagihan bergantung kepada jumlah tanggungan dalam keluarga asnaf tersebut.

  1. Bagi asnaf yang mempunyai tanggungan melebihi tiga orang, mereka akan menerima sebanyak RM500
  2. Bagi asnaf yang mempunyai tanggungan melebihi tiga orang, mereka akan menerima sebanyak RM300 sahaja

Beliau memaklumkan, pengagihan bantuan khas itu akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima iaitu  KIR selewat-lewatnya pada hari Rabu, 20 Januari 2021.

Untuk semakan bantuan Zakat Terengganu ini, kami sarankan agar asnaf menghubungi pihak MAIDAM untuk maklumat lanjut.

Ketahui juga tentang CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350

TIADA POTONGAN BANTUAN BULANAN & SARA HIDUP

Tambah beliau lagi, bantuan khas Zakat Terengganu yang akan disalurkan ini tidak membabitkan pemotongan bantuan bulanan dan bantuan sara hidup.

Bantuan khas terbaru ini diluluskan bagi membantu meringankan bebanan golongan asnaf yang turut terkesan berikutan bencana banjir dan PKPB seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Ahli majlis mesyuarat MAIDAM juga memutuskan untuk meluluskan bantuan khas Zakat Terengganu ini selepas mengambil kira bebanan terpaksa dihadapi golongan asnaf yang terkesan susulan bencana banjir.

Dan yang terbaharu, terkesan akibat PKPB yang diumumkan kerajaan supaya mereka boleh membuat persiapan membeli kelengkapan sekolah.

Leave a Comment