BANTUAN RM350 ONE-OFF B40: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (golongan gaji harian)

BANTUAN RM350 ONE-OFF B40: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (golongan gaji harian)

BANTUAN RM350 ONE-OFF B40

Penduduk B40 dan rentan yang tinggal di Melaka, Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan bantuan khas sekali bayar (one-off) bernilai RM350 yang akan diagihkan bagi yang memperoleh gaji harian di Negeri Melaka

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, sebanyak RM2.1 juta diperuntukkan untuk bantuan khas tersebut yang mana bayarannya akan disalurkan secara berperingkat mulai pertengahan Jun.

“Anggaran 6,000 orang dijangka menerima manfaat ini,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang dipancarkan secara langsung dari Seri Negeri, hari ini.

Baca juga tentang PERMOHONAN MySPP : CARA DAFTAR MySPP (Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

TEMPOH PEMBAYARAN BANTUAN RM350 ONEOFF B40

Disalurkan pembayaran secara berperingkat mulai pertengahan JUN 2021

SASARAN PENERIMA BANTUAN

Antara yang bakal menerima bantuan tersebut termasuklah

  1. Nelayan
  2. Penarik beca,
  3. Pemandu bas (termasuk bas ekspress dan bas/van sekolah),
  4. Pengusaha kedai gunting rambut,
  5. Peniaga pasar malam, peniaga bazar,
  6. Pengawal keselamatan,
  7. Pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA),
  8. Pemandu Grab dan seumpamanya.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Kelayakan akan diberikan kepada golongan B40 dan rentan yang memperoleh gaji harian di Melaka

NILAI BANTUAN

Pemohon daripada golongan B40 yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM350.

Ketahui juga tentang SUKARELAWAN MYVAC: CARA PENDAFTARAN SUKARELAWAN KESIHATAN/BUKAN KESIHATAN ELAUN RM50/SEHARI\

BANTUAN-BANTUAN LAIN YANG ADA

Antara bantuan utama untuk rakyat Negeri Melaka adalah

  • Bantuan Kit Makanan Nutrisi Sejahtera bernilai RM100 setiap satu kepada penerima B40 dan warga negara Malaysia yang bermastautin di Melaka;
  • Kit Makanan Musa’adah yang akan diagihkan melalui semua 28 Kompleks JAPERUN, 186 masjid serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri.
  • Pemberian 3,000 tablet dan langganan internet selama setahun secara `one-off’ bagi keluarga asnaf yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak di bawah tanggungan yang masih bersekolah atau menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selain pembayaran insentif khas kepada 215 pelajar cemerlang Sijil Persekolahan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu.
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) (Jun-Ogos);
  • Bantuan tambahan one-off RM200 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah asnaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sempena Aidiladha;
  • Bantuan one-off RM300 kepada golongan mualaf yang aktif di bawah MAIM.
  • Bantuan makanan bulanan MAIM juga akan diteruskan secara automatik selama enam bulan lagi, manakala bantuan kit makanan kepada keluarga Orang Asli bernilai RM40 juga akan diteruskan selama tiga bulan bermula bulan Jun 2021.
  • Bantuan makanan kecemasan secara one-off bernilai RM50 setiap satu;
  • Penyediaan kit kesihatan dan penjagaan tubuh kepada golongan sasar
  • Kelengkapan dan kemudahan asas petugas barisan hadapan
  • Kit peralatan pengurusan jenazah di semua 186 masjid seluruh negeri
  • Rebat 10 peratus bil air kepada semua 20,000 pemilik rumah kos rendah milik Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bagi bulan Jun 2021.

2 thoughts on “BANTUAN RM350 ONE-OFF B40: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (golongan gaji harian)”

Leave a Comment