BANTUAN RM300 BSP 3.0: CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

BANTUAN RM300 BSP 3.0: CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

BANTUAN RM300 BSP 3.0

Kepada rakyat negeri Sabah,Kerajaan Negeri Sabah melancarkan Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) berjumlah lebih RM154.83 juta sebagai peruntukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca juga tentang PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM5000 NADMA (Pengurusan Kematian COVID-19)

APA ITU BSP 3.0?

Antaranya yang menarik aadalah RM300 sekali beri yang akan memanfaatkan 370,432 penerima dan akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Bantuan one-off RM300 itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan adalah sebanyak 343,665.

Bantuan Sabah Prihatin 3.0 itu adalah bantuan tambahan kepada RM238,369,318 juta yang sudah diagihkan menerusi Bantuan Sabah Prihatin 1.0 dan 2.0, sejak hujung tahun lalu.

Bantuan one-off RM300 melibatkan jumlah RM120,469,481 dan bantuan bakul makanan bernilai RM34,366,500 juta.

SENARAI BANTUAN BANTUAN SABAH PRIHATIN (BSP 3.0)

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan:

BANTUAN BSP 3.0 RM300 ONE-OFF

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN RM300 BSP 3.0

Bantuan RM300 diperuntukkan kepada golongan berikut:

  • Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih
  • Usahawan mikro dan kotej
  • Penjaja Kecil
  • Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.
  • Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak , pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
  • Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan)

BANTUAN RM1000 HINGGA RM5000(HOTEL / PENGINAPAN/ PENGUSAHA PELANCONGAN)

Bantuan sebanyak RM2,879,500 diperuntukkan untuk sektor pelancongan, antaranya seperti berikut:

  • RM5000 – untuk hotel 4&5 bintang
  • RM2000 – untuk hotel 3,2,1 bintang
  • RM2000 – 3,2,1, orkid
  • RM1,000 – Persatuan Homestay
  • RM1,000 – Hotel yang belum mendapat penarafan
  • RM2,000 – pengusaha pelancongan

Ketahui juga tentang BUDI SABAH 2021: CARA PERMOHONAN BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT SECARA ONE-OFF RM2000

SOALAN LAZIM

Bilakah bayaran bantuan BSP 3.0?

Bantuan Sabah Prihatin 3.0 akan diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai one-off RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian swasta dan awam.

Siapakah yang agihkan bantuan ini?

Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.

SEMAKAN STATUS BSP 3.0

Untuk semakan kelayakan dan permohonan,boleh rujuk portal https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila layari laman web https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/

3 thoughts on “BANTUAN RM300 BSP 3.0: CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN”

Leave a Comment