TARIKH CUTI KELEPASAN AM KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2024
Kepada penjawat awam persekutuan atau negeri yang berkhidmat di negeri Selangor, semestinya ingin mengetahui cuti kelepasan am tersedia di negeri Selangor. Kini dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah mempertimbangkan dan meluluskan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor Tahun 2024. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh berkenaan untuk jadikan panduan anda untuk merancang percutian, semoga membantu.
APA ITU MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak menjalankan pemerintahan atau membuat dasar bagi sesebuah negeri di Malaysia. Sebagai perbandingan dengan Kerajaan Persekutuan, fungsinya serupa dengan barisan Badan eksekutif (Kabinet). Setiap ahli majlis ini memegang portfolio atau tugas-tugas tersendiri. Ahli majlis dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri.
CUTI KELEPASAN AM KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2024
Berikut adalah merupakan hari kelepasan Am Negeri Selangor bagi tahun 2024:
Hari Kelepasan Am Negeri
CUTI KELEPASAN AM | TARIKH | HARI |
Tahun Baru 2024 | 1 Januari 2024 | Isnin |
Hari Thaipusam | 25 Januari 2024 | Khamis |
Hari Nuzul Quran | 28 Mac 2024 | Khamis |
Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor | 11 Disember 2024 | Rabu |
Hari Kelepasan Am Persekutuan
CUTI KELEPASAN AM | TARIKH | HARI |
Tahun Baru Cina | 10 Februari 2024 | Sabtu |
11 Februari 2024 | Ahad | |
Hari Raya Aidilfitri | 10 April 2024 | Rabu |
10 April 2024 | Khamis | |
Hari Pekerja | 1 Mei 2024 | Rabu |
Hari Wesak | 22 Mei 2024 | Rabu |
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | 3 Jun 2024 | Isnin |
Hari Raya Qurban * | 17 Jun 2024 | Isnin |
Awal Muharam (Maal Hijrah) | 7 Julai 2024 | Ahad |
Hari Kebangsaan | 31 Ogos 2024 | Sabtu |
Hari Malaysia | 16 September 2024 | Isnin |
Hari Keputeraan Nabi Muhammad (Maulidur Rasul) | 16 September 2024 | Isnin |
Hari Deepavali | 31 Oktober 2024 | Khamis |
Hari Krismas | 25 Disember 2024 | Rabu |
CUTI GANTI HARI KELEPASAN AM SELANGOR
- Sekiranya mana-mana cuti Hari Kelepasan Am Negeri Selangor jatuh pada hari kelepasan mingguan, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.
- Sekiranya Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cuti kelepasan am di negeri Selangor, anda boleh merujuk portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor
ARTIKEL LAIN
- PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK SELANGOR(Login ehartanah.lphs.gov.my)
1 thought on “TARIKH CUTI KELEPASAN AM KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2024”