TEMPOH LOAN KERETA EXPIRED (Berapa Lama Proses Loan Kereta)

TEMPOH LOAN KERETA EXPIRED (Berapa Lama Proses Loan Kereta)

TEMPOH LOAN KERETA EXPIRED

Kepada anda yang ingin memberi kereta baru, semestinya kebanyakkan akan membuat loan kereta. Tetapi sekiranya loan kereta anda telah diluluskan tetapi kereta anda belum sampai lagi, semestinya anda ingin mengetahui berapa lama tempoh loan kerata anda expired. Disini kami akan kongsikan kepada anda.

 

APA ITU LOAN KERETA

Pinjaman kereta atau loan kereta turut dikenali sebagai pembiayaan sewa beli kenderaan. Ia merujuk kepada penyewaan barangan dengan pilihan pembelian pada akhir tempoh pinjaman. Peminjam perlu membayar balik pinjaman seperti yang dipersetujui dalam perjanjian pembiayaan sewa beli termasuk kadar faedah kepada pihak bank secara ansuran dalam jangka masa tertentu. Kenderaan tersebut akan menjadi hak milik peminjam setelah semua bayaran ansuran kereta dijelaskan.

 

BERAPA LAMA PROSES LOAN KERETA

Biasanya pihak bank akan menghubungi anda dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tujuannya adalah untuk pengesahan bahawa anda membuat pinjaman tersebut. Keputusan bank untuk meluluskan pinjaman adalah selama 2-3 hari bekerja.

 

KENAPA LOAN KERETA EXPIRED

Situasi ini terjadi sekiranya anda membuat loan kereta tetapi kereta anda terlalu lama untuk sampai iaitu akan masa berbulan-bulan dan telah melebih tempoh sah kelulusan yang telah ditetapkan.

Ini juga ditambah dengan situasi kenaikkan kadar OPR terkini, pihak bank boleh membuat dokumen kelulusan terbaru mengikut kadar semasa setelah kelulusan yang pertama telah expired.

 

TEMPOH LOAN KERETA EXPIRED

Kebanyakkan bank di Malaysia menetapkan selama 3 bulan dari tempoh sah kelulusan pinjaman kereta anda. Ini bermaksud selepas 3 bulan anda dikehendaki untuk memperbaharui kembali.

 

CARA UNTUK RENEW LOAN KERETA EXPIRED

Berkenaan proses renew loan kereta anda adalah bergantung pada pihak bank yang anda membuat pinjaman. Antara dokumen asas yang diperlukan untuk renew adalah:

  • Slip gaji 1 bulan terkini
  • Pengesahan dokumen kembali (re-submit) – renew on paper

 

CARA KIRA KADAR FAEDAH LOAN KERETA

Kadar faedah (seperti kadar faedah tetap, boleh ubah, rata) secara tidak langsung mempengaruhi kos keseluruhan pinjaman anda. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk memilih pinjaman kereta yang menawarkan kadar faedah pinjaman kereta terendah.

Kadar faedah rata atau flat interest rate merupakan kadar faedah yang biasa digunakan untuk pinjaman peribadi atau pinjaman sewa beli (loan kereta). Secara amnya, kadar faedah rata dikira berdasarkan jumlah pinjaman pokok (jumlah asal pinjaman) sepanjang tempoh pinjaman.

Formula Pengiraan Kadar Faedah Pinjaman Kereta:

  • (Jumlah Pinjaman Asal x Bilangan Tahun Pinjaman x Kadar Faedah Setahun) ÷ Bilangan Ansuran (Bulan) = Faedah Dibayar Setiap Bulan
  • (RM50,000 x 5 x 7%) ÷ 60 = RM292

Ini bermaksud, faedah yang dibayar bulanan adalah sebanyak RM292 dan di tambah dengan asuran pinjaman (RM50,000 ÷ 60 = RM833.33) jadi jumlah keseluran bulanan yang anda perlu bayar adalah RM833.33 + RM292 = RM1,125.33

 

 

ARTIKEL LAIN

KUPON LETAK KERETA MAJLIS PERBANDARAN (Cara Guna & Beli)

Leave a Comment