eMUNAKAHAT PAHANG (Permohonan & Borang Nikah Online)

eMUNAKAHAT PAHANG (Permohonan & Borang Nikah Online)

eMUNAKAHAT PAHANG

Kepada warga Pahang yang ingin melangsung perkahwinan atau permohonan pendaftaran percerai, anda kini boleh membuat permohonan secara online menerusi e-Munakahat Pahang. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU eMUNAKAHAT PAHANG

eMunakahat PAHANGmerupakan web aplikasi Nikah Cerai Ruju’ (NCR) Pahang secara dalam talian. web aplikasi NCR ini disediakan bagi memenuhi tuntunan awam yang mahukan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien dengan penggunaan teknologi maklumat yang sangat meluas digunakan era ini. Aplikasi ini menyediakan kemudahan perkhidmatan yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan ruju’ yang merupakan perkhidmatan utama bagi mana-mana jabatan agama seluruh Malaysia secara atas talian.

 

PERKHIDMATAN eMUNAKAHAT PAHANG

Berikut adalah merupakan antara perkhdimatan tersedia yang boleh dilakukan secara atas talian menerusi web aplikasi NCR ini iaitu:

  • Permohonan kursus praperkahwinan
  • Permohonan berkahwin
  • Permohonan pendaftaran perceraian
  • Permohonan ruju’.

 

CARA DAFTAR eMUNAKAHAT PAHANG

Sebagai pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Daftar 
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan:
    • Kad Pengenalan
    • Nama Penuh
    • Pilih Jantina.
    • No Telefon
    • Alamat Emel, pastikan emel adalah sah dan masih aktif
    • Kata Laluan
    • Pengesahan kata laluan
  3. Setelah lengkap klik pada Daftar Pengguna.
  4. Selesai, satu pop up pendaftaran berjaya akan tertera

 

PERMOHONAN KURSUS PRAPERKAHWINAN eMUNAKAHAT PAHANG

Kepada anda yang ingin membuat permohonan kursus praperkahwinan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Permohonan Kursus Online
  2. Pilih penganjur program PraPerkahwinan daripada senarai yang dipaparkan dan klik Paparkan
  3. Klik pada Pilih pada tarikh yang masih Available
  4. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan lengkapkan segala butiran sehingga permohonan anda selesai
  5. Cetakan slip permohonan
    • Layari pautan Cetakan Slip 
    • Masukkan No KAd Pengenalan dan klik Cari
    • Slip permohonan anda akan terpapar dan anda boleh mencetak slip tersebut

 

PERMOHONAN BERKAHWIN eMUNAKAHATPAHANG

Kepada anda yang ingin membuat permohonan berkahwin, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Permohonan Berkahwin
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
  4. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan sendiri oleh pemohon kepada Pejabat Agama Daerah

 

PERAKUAN PERCERAIAN eMUNAKAHATPAHANG

Kepada anda yang ingin membuat permohonan perakuan perceraian, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Perakuan Perceraian Berkahwin
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
  4. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan sendiri oleh pemohon kepada Pejabat Agama Daerah

 

PERMOHONAN RUJU’ eMUNAKAHAT PAHANG

Kepada anda yang ingin membuat permohonan ruju’, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Ruju’
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
  4. Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan sendiri oleh pemohon kepada Pejabat Agama Daerah

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai web aplikasi e-Munakahat Pahang, anda boleh melayari pautan rasminya DI SINI

 

ARTIKEL LAIN

esyariah (Semakan Status Perkahwinan Perceraian & Kes MAL Tuntutan)

Leave a Comment