BANTUAN KHAS JENAZAH COVID: CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM1,500 KEPADA GOLONGAN B40

BANTUAN KHAS JENAZAH COVID: CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM1,500 KEPADA GOLONGAN B40

BANTUAN KHAS JENAZAH COVID

Kerajaan Kelantan akan menyalurkan bantuan khas sebanyak RM1,500 kepada golongan B40 bagi pengurusan jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19

Peruntukan yang disediakan bagi bantuan khas pengurusan jenazah COVID-19 itu adalah antara RM200,000 dan RM300,000 secara keseluruhannya berdasarkan bilangan kes kematian akibat jangkitan wabak itu.

Baca juga tentang PROGRAM ISEJAHTERA: CARA PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL RM100/SETAHUN

Dalam kenyataan media tersebut, beliau turut mengumumkan kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan elaun tambahan sebanyak RM150 kepada semua imam tua serta imam muda masjid di mukim selain kenaikan elaun RM50 bagi bilal bermula Julai lepas.

Ditanya mengenai kelonggaran aktiviti sosial kepada individu lengkap vaksinasi, beliau berkata berdasarkan maklumat dan pemerhatian pihaknya berlaku ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan orang ramai di pasar awam.

Justeru, Ahmad mengingatkan seluruh penduduk Kelantan supaya terus mematuhi dan mengamalkan SOP walaupun kerajaan persekutuan mengumumkan beberapa kelonggaran aktiviti sosial kepada penerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

TARIKH PERMOHONAN

Inisiatif Bantuan Khas ini akan bermula pada 15 Ogos ini

KADAR BANTUAN

Bantuan khas RM1,500 urus jenazah kepada B40

CARA PERMOHONAN

Keluarga jenazah hanya perlu mengisi borang serta menyediakan beberapa dokumen  bagi proses permohonan bantuan ini

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan khas jenazah covid, sila layari laman web rasmi Kerajaan Kelantan di www.kelantan.gov.my

Ketahui juga tentang TEMUJANJI POS MALAYSIA: CARA PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE (Bagi Renew Lesen & Road Tax JPJ)

SOALAN LAZIM

Apakah itu Portal Kelantan?

Portal Kelantan adalah singkatan untuk Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan. Portal Kelantan merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Internet

Mengapakah Portal Kelantan diwujudkan?

Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Kelantan telah disediakan secara online dan Portal Kelantan diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan

Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Kelantan?

Umumnya, Portal Kelantan boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.

Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?

Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Kelantan tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian bawah setiap halaman

Leave a Comment