BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN RM1000: CARA PERMOHONAN SELANGOR PRIHATIN AKIBAT COVID-19 MULAI 12 JULAI

BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN RM1000: CARA PERMOHONAN SELANGOR PRIHATIN  AKIBAT COVID-19 MULAI 12 JULAI

BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN RM1000

Kepada penduduk Negeri Selangor, Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan khairat kematian kepada keluarga penduduk negeri ini yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19. Bagaimana cara untuk memohon? Di sini kami kongsikan caranya

Baca juga tentang PERMOHONAN PRIHATIN KASIH: CARA SEMAKAN DAN JADUAL PEMBAYARAN ELAUN RM100

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN

Sumbangan / Bantuan khairat kematian RM1000 untuk pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Selangor

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan syarat-syarat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Negeri Selangor dan menetap di Negeri Selangor ATAU bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  3. Disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian
  4. Meninggal dunia di negeri Selangor
  5. Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja
  6. Terhad hanya kepada 1 permohonan bagi 1 keluarga sahaja
  7. Bantuan ini terhad kepada 1,500 orang penerima sahaja

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah merupakan cara permohonan sumbangan khairat kematian:

  1. Permohonan hendaklah dilaksanakan secara atas talian (online) di www.selangorprihatin.com bermula 12 Julai 2021.
  2. Waris harus melengkapkan borang permohonan secara atas talian.
  3. Waris perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

NOTA: Perakuan Waris – Waris hendaklah memastikan segala keterangan dan dokumen yang dikemukakan adalah benar, sahih dan tepat. Pihak Kerajaan Negeri berhak membatalkan permohonan sekiranya didapati maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah tidak benar atau melanggar syarat permohonan

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh bayaran adalah seperti berikut:

  • Permohonan dibuka mulai 12 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021 ATAU tertakluk sehingga jumlah peruntukan habis.
  • Penyaluran insentif RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat lengkap.

Ketahui juga tentang MASALAH LOGIN KEMASKINI i-CITRA(Cara Login Kemaskini i-CITRA KWSP)

SOALAN LAZIM

Si mati dilahirkan di luar Selangor dan telah bermastautin lebih daripada 10 tahun di Selangor. Adakah layak memohon?

Layak. Si mati telah bermastautin melebihi 10 tahun di Selangor.

Si mati dilahirkan di Selangor namun bermastautin di luar negeri Selangor. Adakah layak memohon?

Tidak layak. Si mati hendaklah menetap di Selangor sahaja.

Si mati telah meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 pada tahun 2020. Adakah waris terdekat masih boleh memohon bantuan khairat kematian ini?

Tidak layak. Hanya yang meninggal dunia bermula pada tahun 2021 sahaja yang layak untuk memohon bantuan khairat kematian ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, boelh layari web rasmi Selangor Prihatin di pautan https://www.selangorprihatin.com/ atau hubung di talian 1-800-22-6600 (24 jam)

1 thought on “BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN RM1000: CARA PERMOHONAN SELANGOR PRIHATIN AKIBAT COVID-19 MULAI 12 JULAI”

Leave a Comment