BANTUAN CAKNA OKU YKN: CARA PERMOHONAN BANTUAN ONE-OFF RM500 (MAIWP Prihatin).

Yayasan Kebajikan Negara telah membuka permohonan Bantuan Cakna Yayasan Kebajikan Negara (MAIWP PRIHATIN) sebanyak RM500 secara one-off kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Bantuan ini juga dibuka permohonannya kepada semula golongan OKU pelbagai bangsa yang beragama Islam dan bukan Islam yang terjejas pendapatannya di Wilayah Persekutuan berikutan Sekatan Pergerakan Penuh (PKP 3.0).
Baca juga tentang BANTUAN RM350 ONE-OFF B40: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (golongan gaji harian)
JUMLAH BANTUAN
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh pemohonan yang berjaya adalah sebanyan RM500 secara one-off
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan bantuan cakna OKU YKN adalah bermula pada 21 Jun hingga 30 Jun 2021.
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan bagi bantuan ini adalah:
- Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang terjejas pendapatan
- Semua OKU pelbagai bangsa Islam dan Bukan Islam
- Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
- Keutamaan kepada penerima Bantuan Elauan Pekerja Cacat (EPC) dan mempuyai kad OKU.
DOKUMEN SOKONGAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan bagi melengkapkan proses permohonan anda adalah:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad Oku pemohon
- Salinan kad pengenalan waris
CARA PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan, ikuti langkah berikut:
- Muat turun BORANG PERMOHONAN BANTUAN CAKNA OKU YKN MALAYSIA
- Lengkapkan segala maklumat pada borang dan hantar kepada:
- Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Aras 8, Bangunan KPWKM, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya; atau
- Pejabat Yayasan Kebajikan Zon Tengah, No.28-32 Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, 52100 Kuala Lumpur
SOALAN LAZIM
Berapakah bantuan cakna OKU YKN?
Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM500 secara one-off.
Bilakah tarikh boleh membuat permohonan bantuan ini?
Tarikh permohonan bantuan ini mulai dibuka pada 21 jun 2021 hingga 30 Jun 2021-06-23
Bolehkah mengisi bantuan ini secara online?
Sehingga kini anda hanya perlu memuat turun borang permohanan dan hantarkan borang yang yelah lengkap diisi kepada alamat yang tertera pada borang permohonan tersebut.
Ketahui juga tentang BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP: CARA PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN B40 WP PKP 3.0 ONE-OFF RM500
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat lanjut dan sebarang persoalan mengenai permohonan bantuan cakna OKU ini, sila hubungi:
- 012-6233845 (Whatsapp sahaja)
- Waktu operasi 8.30pagi hingga 5.30 petang setiap hari
Assalammlikum..
Saya Oku pekak..
Bantuan cakna oku..