PEMULIH NEWBIZ 2022 (Permohonan Program Pembiayaan Perniagaan Agrobank)

PEMULIH NEWBIZ 2022 (Permohonan Program Pembiayaan Perniagaan Agrobank)

PEMULIH NEWBIZ

Berita baik kepada individu termasuk graduan yang ingin memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah (home-based), membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan, atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing dan seumpamanya, anda boleh membuat pemohonan menerusi Pemulih NewBiz. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.


APA ITU PEMULIH NEWBIZ

Pemulih Newbiz merupakan pembiayaan yang ditawarkan kepada individu (yang terkesan dengan dengan ekonomi semasa) bagi tujuan memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan. Kerajaan memperuntukkan RM50 juta melalui Agrobank di bawah Program Pembiayaan PEMULIH NewBizz kepada mereka yang berkelayakan.

 

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PEMULIH NEWBIZ

Berikut adalah merupakan kemudahan pembiayaan ini yang melibatkan pembelian aset tetap dan modal pusingan kepada aktiviti perniagaan yang ditetapkan seperti berikut;

  1. Pengedaran dan penghantaran makanan melalui platform e-hailing seperti Food Panda, Grab Food dan seumpama dengannya;
  2. Menjalankan aktiviti perniagaan secara home-based yang melibatkan aktiviti seperti berikut:
    • Pengedaran dan penghantaran makanan termasuk pembelian bahan mentah, mesin dan pembelian motorsikal yang bersesuaian dengan keperluan aktiviti tersebut.
    • Pemprosesan dan penyediaan makanan atau bahan asas bagi menyediakan makanan sebelum dihantar ke tapak atau mana-mana premis perniagaan yang dibenarkan.
    • Menjalankan aktiviti perniagaan di gerai yang berlesen seperti gerai burger atau mana-mana yang seumpama dengannya

 

SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN PEMULIHNEWBIZ

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur di antara 18 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh kemudahan pembiayaan);
  3. Individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan kegawatan ekonomi semasa sepertimana berikut :
  4. Individu yang hilang pekerjaan bermula Mac 2020.
  5. Graduan universiti atau kolej yang telah menamatkan pengajian dan masih manganggur atau belum memperolehi pekerjaan yang stabil pada tarikh permohonan dibuat;
  6. Individu yang dikategorikan sebagai golongan asnaf.

 

KADAR PEMBIAYAAN PEMULIHNEWBIZ

Kadar pembiayaan ini adalah berperingkat (Step up Financing) iaitu:

  • Peringkat Pertama : sehingga RM5,000.00
  • Peringkat Kedua : Sehingga RM10,000.00 (mengambil kira baki kemudahan pembiayaan pada peringkat pertama)

Selepas 12 bulan dari tarikh pengeluaran kemudahan pembiayaan peringkat kedua, pelanggan layak untuk memperolehi mana-mana kemudahan pembiayaan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Bagi pembiayaan peringkat kedua, terma dan kredit adalah dirujuk kepada PEMULIH Mikro Kredit.

 

TEMPOH PEMBIAYAAN PEMULIHNEWBIZ

  • Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun

 

KADAR KEUNTUNGAN

  • 0% dalam tempoh enam (6) bulan pertama (iaitu dalam tempoh moratorium) dan bulan ke-7 dan seterusnya kadar keuntungan dikenakan pada kadar 3% setahun;
  • Pengiraan keuntungan adalah berdasarkan baki bulanan.

 

TEMPOH MORATORIUM 

  • Sehingga 60 bulan termasuk enam (6) bulan tempoh moratorium.
  • Moratorium hanya layak bagi kemudahan pembiayaan peringkat pertama sahaja.
  • Tempoh minimum pembiayaan adalah 12 bulan termasuk tempoh moratorium.

 

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PEMULIH NEWBIZ

Kepada pemohon yang minat dan berkelayakan boleh membuat permohonan seperti berikut:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pemulih NewBizz, anda boleh rujuk website rasmi AgroBank di pautan https://www.agrobank.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SKIM AGRO FOOD FACILITIES 2022 (Pinjaman Koperasi Berasaskan Agromakanan)

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN AGROPRENEUR MUDA (AGRO-YES) 2022

Leave a Comment