BANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE

BANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE

APA ITU BANCI 2020

BANCI 2020/eCENSUS

BANCI 2020/eCENSUS

Jabatan Perangkaan akan mula melancarkan Banci 2020 bermula 7/7/2020.

Banci 2020 adalah yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia dan ia dilaksanakan setiap 10 tahun sekali.

Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil.

Data banci ini akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan negara.

Pelaksanaan Banci 2020 membabitkan lebih kurang 32.7 juta Penduduk Malaysia dan sembilan juta tempat kediaman akan dijalankan dalam dua fasa berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Fasa pertama bermula 7 Julai hingga 30 September 2020 secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka.

Baca tentang Program Genius Negara

APA ITU INVITATION CODE

CARTA ALIR BANCI 2020

Berikut adalah senaraikan carta alir banci menggunakan mod e-Census :

1.Daftar e-Census

Responden perlu masukkan nama, E-mel dan no. telefon.

2.Masukkan invitation code (NGDBBPTK) 

Yang diperolehi melalui poskad atau pra-pendaftaran.

3.TERIMA One Time Password (OTP)

(DAFTAR e-Census)

4.Log Masuk

Masukkan No. Tel

5.Terima OTP (LOG MASUK)

melalui SMS atau E-mel

6.Jawab soal selidik melalui sistem e-Census

(Pengisian mengikut Isi Rumah)

7.Hantar & Perakuan

Pastikan maklumat Isi Rumah telah lengkap

8. Selesai

Responden menerima notifikasi selesai menjawab e-Census melalui E-mel.

Untuk makluman semua, poskad banci seperti visual  akan mula diedarkan pada 6 Jun 2020 ke rumah-rumah anda.

Sekiranya, anda tidak menerima sebarang poskad. Jangan risau, anda boleh terus membuat pra-pendaftaran e-Census banci mulai 7.7.2020 (Selasa) – 23.0.2020 (Rabu)  untuk mendapatkan invitation code.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda mengalami sebarang masalah boleh terus hubungi 1-800-88-7720 atau E-mel kepada [email protected]

Maklumat lanjut berkaitan Banci 2020 boleh diperoleh melalui portal banci iaitu www.mycensus.gov.my atau media sosial @MyCensus2020.

1 thought on “BANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE”

Leave a Comment