CARA KOSONGKAN WHATSAPP PENUH (Memori Full)

CARA KOSONGKAN WHATSAPP PENUH (Memori Full)

CARA KOSONGKAN WHATSAPP PENUH

Pada masa kini penggunaan aplikasi Whatsapp memang sudah sinonim dalam seseorang kerana amat senang untuk berhubung dan kebanyakkan dengan keluarga, kawan-kawan mahupun tempat kerja. Semuanya guna whatsap je sebab ianya adalah percuma dan hanya perlu guna internet sahaja.

Tetapi semestinya anda perasan bahawa aplikasi whatsap ini akan menyebabkan memori telefon cepat penuh. Sudah semestinya anda ingin mengetahui cara  untuk kosongkan whatsapp anda tanpa hilang data, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA WHATSAPP MENYEBABKAN FULL MEMORI

Memori handphone anda menjadi full disebabkan terdapat banyak video dan gambar yang dikongsikan. Sekiranya anda terdapat banyak  group Whatsapp sama ada dari keluarga, kawan, makanan, bisnes dan banyak lagi, apabila banyak di kongsikan akan menggunakan ruang simpanan (internel store) handphone anda.

 

CARA KOSONGKAN WHATSAPP PENUH

Terdapat beberapa tips untuk kosong memori handphone anda, antaranya ialah:

Tutup Fungsi Auto-Download Video dan gambar

Tetapan asal Whatsapp sememangnya akan membuatkan gambar dan video di muat turun secara automatik. Berikut adalah cara untuk tutup auto-download:

  1. Buka aplikasi Whatsap anda
  2. Klik pada Setting
  3. Klik pada Storage and data
  4. Pada bahagian Media Auto Dowload anda boleh pilih untuk untick pada:
    • When using mobile data (Untick pada kotak Photos, Audio, Videos & Documents)
    • When connected on Wi-Fi (Untick pada kotak Photos, Audio, Videos & Documents)

 

Aktifkan Backup Google Drive / iCloud

Dalam tetapan asal, chat Whatsapp akan disimpan dalam memori internal dan akan menyebabkan handphone anda akan full memori. Tetapi anda boleh menyimpan chat dan media ke penyimpanan google drive / iCload. Berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi Whatsap anda
  2. Klik pada Setting
  3. Seterusnya klik pada Chat > Chat Backup
  4. Dan klik backup

Nota: Pastikan anda telah memasukkan alamat emel akaun anda yang ingin disimpan. Anda juga boleh membuat pilihan untuk backup samaada  daily, weekly dan monthly.

 

Padam Chat Yang Bersaiz Besar

Untuk mengetahui chat yang saiz besar untuk dipadam, anda boleh melihat mengikut sususan seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Whatsap anda
  2. Klik pada Setting
  3. Klik pada Storage and data
  4. Pilih Manage Storage
  5. Scroll ke bawah dan anda boleh melihat paparan chat yang bersaiz besar sehingga lah ke saiz paling kecil yang menggunakan memori
  6. Klik pada chat tersebut dan pilih fail atau media yang ingin dipadamkan seperti video atau gambar.

 

Padam Fail Atau Media Bersaiz Besar

Anda juga boleh padamkan fail yang bersaiz besar ataupun  fail yang sama yang dikongsikan banyak kali. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Whatsap anda
  2. Klik pada Setting
  3. Klik pada Storage and data
  4. Pilih Manage Storage
  5. Pada bahagian atas akan terpapar:
    • forwarded many times(dihantar berulang kali)
    • larger than 5 MB (fail lebih besar dari 5 MB)
  6. Pilih fail atau media yang ingin dipadam dan klik delete

 

ARTIKEL LAIN

TELEFON PINTAR YES (PERMOHONAN DATA 40GB PERCUMA )

Leave a Comment