CARA TUTUP AKAUN PAYPAL (Check & Withdraw Baki Akaun)
Sekiranya anda tidak lagi menggunakan akaun Paypal anda, mesti anda ingin mengetahui cara tutp akaun Paypal anda, tetapi bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya,semoga membantu.
APA ITU PAYPAL
Paypal adalah digital wallet, disebabkan penggunaan paypal sangat meluas di internet, malaysia juga menjadi negara yang mengunakan paypal sebagai option untuk membeli di internet.
PANDUAN SEBELUM PENUTUPAN AKAUN
Sebelum anda menutup akaun Paypal anda , anda mesti:
- Memeriksa samada ada akaun anda mempunyai sebarang transaksi tertangguh, samada terima bayaran atau buat bayaran. Penting bagi memastikan akaun anda bebas daripada sebarang transaksi aktif. Jika ada, anda perlu tunggu sehingga transaksi itu selesai. Jika tidak, anda akan hadapi kesukaran untuk tutup akaun Paypal anda. Anda perlu klik view all my transaction untuk melihat sebarang urusniaga aktif.
- Pastikan tiada baki wang di dalam akaun Paypal anda. Request untuk dikeluarkan baki wang yang ada di dalam akaun. Perlu diingatkan, untuk pengeluaran ada terma dan syarat perlu dipatuhi. Klik withdrawn. Pengeluaran wang boleh terus ke akaun bank anda, asalkan akaun bank anda telah verify oleh pihak Paypal.
CARA TUTUP AKAUN PAYPAL
Sekiranya anda tidak ingin menggunakan akaun Paypal anda, berikut adalah merupakan cara tutup akaun anda:
- Pertama sekali, anda perlu login ke akaun Paypal anda. Masukkan alamat email serta password. Klik butang login yang tersedia.
- Pada penjuru kiri klik simbol ‘setting’ dan klik ‘your profile’
- Pada bahagian profile Paypal, scroll kebawah sehingga ke bahagian’ Account type’ dan klik ‘Close account’.
- Selepas anda klik ‘close account’ paparan dibawah akan terhasil. Untuk meneruskan proses penutupan akaun Paypal klik ‘continue’.
- Sebelum menutup akaun Paypal, anda diminta untuk mengisi borang soal selidik. Pada bahagian ini tik sahaja ruang yang berkait dan klik ‘Continue’.
- Selepas anda mengisi borang survey, paparan dibawah akan terhasil. Klik ‘Continue’.
- Sekiranya anda yakin untuk menutup akaun Paypal, klik ‘Confirm’.
- Selepas anda klik ‘confirm’ satu email pengesahan penutupan akaun Paypal akan dihantar ke email anda.
- Nota: Akaun Paypal yang ditutup/ dipadam tidak boleh di aktifkan semula. Selepas anda klik ‘confirm’ akaun Paypal anda akan hilang selama-lamanya.
- Selesai
ARTIKEL LAIN
PayPal MALAYSIA: CARA DAFTAR @ SIGN UP
1 thought on “CARA TUTUP AKAUN PAYPAL (Check & Withdraw Baki Akaun)”