TEMPOH IDDAH KALKULATOR(Kematian Suami Putus Haid Cerai Hidup Boleh Tinggal Bersama)
Kepada wanita yang kemataian suami atau diceraikan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi Perhatian antaranya ialah tempoh ‘iddah yang wajib dijalani oleh wanita. Tempoh iddah perlu diambil berat oleh umat Islam kerana ia melibatkan persoalan hukum syarak. Disini kami akan kongsikan kepada anda tempoh tersebut, semoga membantu.
APA ITU IDDAH
Dari segi istilah, `iddah ialah nama bagi tempoh tertentu bagi seseorang perempuan menunggunya, semata-mata mematuhi perintah Allah (ta’abbudi) atau sebagai tanda kesedihan terhadap pemergian suami, atau memastikan rahimnya bersih daripada kandungan.
Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid.
HUKUM IDDAH
Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.
HIKMAH IDDAH
Berikut adalah merupakan beberapa antara hikmah tersebut ialah:
- Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu. Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.
- Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku. Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.
- Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu. Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya. Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.
JENIS IDDAH
Untuk pengetahuan sebab wajib `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu disebabkan perceraian semasa hidup dan kematian suami. Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:
- `Iddah dengan kiraan suci;
- `Iddah dengan kiraan bulan; dan
- `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.
TEMPOH IDDAH
Setiap bahagian `iddahh tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh yang perlu sama ada panjang atau pendek. Berikut adalah merupakan tempoh tersebut iaitu:
BIL
| JENIS `IDDAH | ADA HAID/TIADA HAID/SEDANG MENGANDUNG | TEMPOH `IDDAH | KETERANGAN |
i. | Bercerai talak raj`ie/ba’in | Ada haid | Tiga kali suci | a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga. b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat. c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddahh tamat apabila datang haid yang keempat. |
ii. | Bercerai talak raj`ie/ba’in | Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain) | Tiga bulan | |
iii. | Bercerai talak raj`ie/ba’in | Sedang mengandung | Sehingga bersalin atau kandungan gugur | Selesai `iddahh apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar. |
iv. | Bercerai talak raj`ie/ba’in dan belum pernah disetubuhi
| Ada haid atau tiada haid | Tiada `iddahh
| |
v. | Bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah | a. Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya.
b. Haid tidak menentu dan tidak mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah. | Tiga kali suci Tiga bulan
| |
vi. | Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak raj`ie dan tidak mengandung | Ada haid atau tiada haid | Empat bulan sepuluh hari | Kiraan `iddahh baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddahh isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat. |
vii. | Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandung | Ada haid atau tiada haid | Tiga kali suci atau tiga bulan | Kekal `iddahh talak ba’in sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddahh tidak bertukar kepada `iddahh kematian suami. |
viii. | Kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung | Ada haid atau tiada haid
| Empat bulan sepuluh hari | Wanita yang kematian suami bukan sahaja wajib ber`iddahh, tetapi juga wajib berkabung. |
ix. | Kematian suami | Sedang mengandung | Sehingga melahirkan anak atau kandungan gugur | Selesai `iddahh apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar. |
x. | Suami hilang | Ada haid, tiada haid atau sedang mengandung | Isteri wajib menunggu selama empat tahun. Selepas tempoh tersebut, isteri wajib pula ber`iddahh kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. | Bagi kes suami hilang, isteri boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan kematian suami atau membuat tuntutan fasakh. |
Rujuk: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
ARTIKEL LAIN: