HIJRAH SELANGOR (Permohonan Pinjaman Pembiayaan & Senarai Cawangan)
Kepada penjaja dan peniaga kecil di negeri Selangor yang memerlukan modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan, anda boleh cuba membuat permohonan pembiayaan Hijrah Selangor. Disini kami akan kongsikan syarat kelayakn dan cara permohonan, semoga membantu.
APA ITU HIJRAH SELANGOR
Skim Hijrah Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil. Program ini telah untuk memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil negeri Selangor bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka serta menambah modal.
PERNIAGAAN LAYAK MEMOHON
Jenis-jenis perniagaan berikut dikenalpasti sebagai layak untuk menyertai program ini iaitu:
- Penternakan
- Produk Kecantikan
- Perkhidmatan
- Pengangkutan
- Jualan runcit
- Pertanian
- Perniagaan Online
SYARAT KELAYAKAN HIJRAH SELANGOR
Penjaja dan Peniaga kecil yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Rakyat Selangor atau bermastautin di Selangor
- Mengundi dalam negeri Selangor
- Terbuka kepada semua isi rumah yang berumur 18 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan waras
- Mempunyai premis
- Mempunyai SSM atau Lesen PBT atau Geran Tanah atau Kad Nelayan atau Permit Perniagaan atau Pengesahan dari mana-mana agensi berkaitan
- Tidak mempunyai rekod yang tidak baik daripada mana-mana agensi kewangan
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan
- Perniagaan telah beroperasi
- Satu pinjaman di bawah Skim Hijrah sahaja dalam satu-satu masa
- Had maksima pinjaman RM50,000 di bawah Skim Hijrah ditawarkan dalam satu isi rumah
- Satu pinjaman di bawah Skim Hijrah dalam satu-satu perniagaan perkongsian
- Bersetuju mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan
- Meminjam mengikut keperluan dan kemampuan bayar balik
JENIS SKIM PEMBIAYAAN DITAWARKAN
Berikut adalah merupakan skim pembiayaan yang ditawarkan iaitu:
- Skim Pembiayaan I-Bisnes
- Skim Pembiayaan i-Lestari
- Program Skim “Zero to Hero”
- Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI)
- Skim Go Digital
- Skim Pembiayaan i-Bermusim
- Skim Pembiayaan i-Agro
- Program Sitham
CARA PERMOHOHAN HIJRAH SELANGOR
Kepada anda yang berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/
- Sekiranya pengguna baharu, klik pada Sing Up dan selesaikan proses pendaftaran dahulu. Seterusnya anda boleh log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda
- Seterusnya isikan maklumat yang diperlukan dan pilih skim pinjaman yang anda inginkan
- Setelah lengkap, hantarkan permohonan anda
SENARAI CAWANGAN HIJRAH SELANGOR
Untuk mengetahui cawangan yang berhampiran dengan anda, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Hijrah Selangor, anda boleh melayari website rasminya di pautan https://www.hijrahselangor.com/
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN SKIM BANTUAN BIAYA RUMAH SELANGOR 2023