CARA CLAIM MYSALAM COVID-19 GUNA SIJIL DIGITAL HSO (Semak Status)

CARA CLAIM MYSALAM COVID-19 GUNA SIJIL DIGITAL HSO (Semak Status)

CLAIM MYSALAM

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Kerajaan menyediakan mySalam untuk sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

 

KELAYAKAN UNUTK MEMOHON mySalam

Berikut adalah merupakan kelayakan MySalam:

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

 

KADAR BAYARAN MySALAM TERBARU

Kepada sesiapa yang dikenakan tempoh kuarantin, anda boleh claim mySalam sebanyak RM50 untuk sehari (minimum claim sehari maximum 14 hari)

 

SEMAKAN KELAYAKAN MySALAM

Berikut adalah merupakan cara semakan status kelayakan MySalam:

  • Layari www.mysalam.com.my
  • masukan kad pengenalan tanpa(-)
  • klik semak
  • di Bawah ada dia nyatakan tu LAYAK ATAU TIDAK LAYAK.

 

CARA CLAIM MYSALAM COVID-19 GUNA SIJIL DIGITAL HSO

Sekiranya anda layak tuntutan MySalam, berikut adalah merupakan cara claim MySalam menggunakan sijil digital HSO:

  1. log masuk ke portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Kalau belum daftar my salam sila daftar dahulu.klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikut step yg di arahkan.
  3. Sekiranya sudah berdaftar, anda boleh terus log masuk dengan menggunakan no kad pengenalan dan Kata lalauan anda
  4. Setelah berjaya log masuk, scroll ke bahagian bawah dan klik pada Tuntutan.
  5. Kemduian scroll ke bawah dan klik pada Tuntutan Hospitalisasi
  6. Isikan maklumat diperlukan seperti:
    • Tarikh mula kuarantin dan tamat kuarantin
    • Nama hospital. Sekiranya kuaratine di rumah pilih Non Panel hospital
    • Tuntutan Covid-19 – Pilih Ya
    • Muat naik dokumen kad pengenalan dan Screen Shot Arahan Digital HSO (dapatkan dalam MySejahtera)
  7. setelah lengkap klik Hantar
  8. Selepas hantar, sila tunggu keputusan permohonan diluluskan

NOTA: Permohonan ini bagi orang yang kena kuarantin tahun 2022 sebelum pada 30 April 2022. Permohonan ini mula dibuka sehingga 30 Jun 2022

 

CARA CLAIM MYSALAM COVID-19 DI KIOSK MySALAM

Berikut adalah merupakan cara tuntutan di Kiosk MySalam

  1. Pergi ke mana2 kiosk MYSalam
  2. Bawa copy Ic dan dokumen pengesahan kuaratine
  3. Serahkan saja document dikiosk sana, nanti pegawai tersebut akan membantu anda key in kan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara tuntutan MySalam, sila merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN MySALAM 2024 (Skim Bantuan Takaful Online)

1 thought on “CARA CLAIM MYSALAM COVID-19 GUNA SIJIL DIGITAL HSO (Semak Status)”

  1. kenapa bila saya semak status kelayakan saya tertulis gagal anda tidak layak..apakah maksud dan cara yang sebenarnya?

    Reply

Leave a Comment