SEMAKAN STATUS PELAN PERLIDUNGAN INSURANS AKIBAT KEMATIAN KETUA ISI RUMAH
Terkini Kerajaan akan menyediakan Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah (IR) Miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian Ketua IR. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan status pelan perlindungan insurans ketua isi rumah, semoga membantu.
PETIKAN DARI MESYUARAT MAJLIS PERLINDUNGAN SOSIAL MALAYSIA (MYSPC) BILANGAN SATU TAHUN 2022
- Setiap isi rumah akan menerima RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta setahun
- Tahap sosioekonomi Keluarga Malaysia ditingkatkan dengan memberi nilai tambah dan tumpuan kepada Program Peningkatan Pendapatan bagi Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam eKasih.
- Memperkasa agenda perlindungan sosial sehingga ke peringkat daerah pentadbiran menerusi Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial Negeri (JTPSNg) bagi menyelaras Pemetaan Program dan Profil Perlindungan Sosial Fasa Dua.
- Malaysia Productivity Corporation (MPC) diberi tanggungjawab menerajui Jawatankuasa Kerja Memodenkan Subsidi Bagi Meningkatkan Produktiviti
APA ITU PELAN PERLIDUNGAN INSURANS AKIBAT KEMATIAN KETUA ISI RUMAH
Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah (IR) Miskin ini sebagai inisiatif kerajaan bagi membantu golongan miskin yang kehilangan ketua isi rumah bagi meringankan beban yang terpaksa dihadapi.
KADAR PELAN PERLINDUNGAN INSURANS KEPADA ISI RUMAH (IR) MISKIN
Pelan perlindungan insuran ketua isi rumah akan diberikan kepada isi rumah yang akan menerima sebanyak RM10,000
MANFAAT PERLINDUNGAN INSURANS KELUARGA MALAYSIA
Skim ini membei manfaat kepada keluarga sekiranya Ketua isi Rumah (KIR) meninggal dunia atas sebab berikut:
- Kematian biasa: RM10,000
- Keilatan kekal: RM10,000
- Meninggal akibat kemalangan: RM20,000.
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERLINDUNGAN INSURANS KEPADA ISI RUMAH (IR) MISKIN
Semakan status kelayakan Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah (IR) Miskin adalah berdasarkan keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih.
SEMAKAN eKASIH ONLINE
Untuk melakukan semakan ekasih secara online mudah saja. Makumat lanjut di sini
- Pautan : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan, dan klik butang untuk semak
- Tetapi jikalau nama anda tiada dalam senarai nama penerima bantuan e-kasih, sistem akan terpapar tidak wujud di dalam sistem eKasih.
CARA DAFTAR eKASIH
Cara bagaimana mendaftar borang bantuan ekasih mudah sahaja. Boleh semak panduan mudah daftar permohonan bantuan seperti di bawah ini
- Kami sarankan anda pergi kemana-mana cawangan Unit Pembangunan Pejabat daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang boleh anda mohon bantuan ini
- Unit Pembangunan Pejabat daerah ada di seluruh Malaysia baik di melaka Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Langkawi Kedah Perlis Terengganu Kelantan Johor Negeri Sembilan Sabah Pulau Pinang Penang sarawak Perak Selangor ataupun di Pahang. Nombor telefon untuk anda terus hubungi ada kami kongisikan di bawah ini
- Kakitangan mereka akan membantu anda register dan lakukan pendaftaran ekasih
- Pastikan dokumen yang mereka mahukan adalah lengkap. Setiap individu dokumen yang kakitangan Pejabat Daerah perlu adalah berbeza-beza
- Selepas surat permohonan ekasih dihantar, nantikan kedatangan kakitangan pejabat daerah bahagian pembangunan ke rumah anda untuk mengedahkan permohonan
- Samada anda layak atau tidak sebagai penerima bantuan ekasih, mereka akan buat penilaian untuk dimasukkan dalam sistem online ini
ARTIKEL LAIN
BKM 2022 BELUM MASUK? Semak Status Pengkreditan