PERMOHONAN PINJAMAN LPPSA (Kerja kerajaan & Nak Beli Rumah Property)
Adakah anda penjawat awam? Sebanarnya anda sebagai penjawat awam mempunyai banyak kelebihan antaranya ialah membeli rumah dengan pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU LPPSA
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Penubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.
SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN LPPSA
Berikut adalah merupakan syarat asas permohonan yang ditetapkan:
- Semua penjawat awam berjawatan tetap yang telah disahkan perkhidmatan layak untuk memohon pinjaman LPPSA bagi tujuan pembelian rumah kediaman, tanah atau kerja ubah suai yang dibenarkan.
- Salinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan.
KADAR PINJAMAN LPPSA
Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan yang boleh dimohon mengikut had kelayakan:
berikut:
- Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
- Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
- Pendapatan bersih dibawah tafsiran LPPSA merujuk kepada: Gaji Pokok + Elaun Tetap yang diambilkira – Potongan
- Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan Kalkulator Pengiraan Kelayakan di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.
Bil | Pendapatan Bersih | Kelayakan Maksimum |
1 | 6,500 ke atas | 750,000 |
2 | 6,000 | 720,000 |
3 | 5,700 | 680,000 |
4 | 5,500 | 650,000 |
5 | 5,000 | 600,000 |
6 | 4,700 | 560,000 |
7 | 4,500 | 540,000 |
8 | 4,300 | 510,000 |
9 | 4,000 | 470,000 |
10 | 3,800 | 450,000 |
11 | 3,500 | 420,000 |
12 | 2,900 | 340,000 |
13 | 2,300 | 270,000 |
14 | Sehingga 1,700 | 200,000 |
JENIS PINJAMAN LPPSA
Berikut adalah merupakan jenis pembiayaan yang boleh dibuat melalui LPPSA:
- Membeli rumah atau petak kediaman rumah yang telah siap
- Membina rumah di atas tanah sendiri
- Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
- Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
- Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
- Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
- Membuat kerja ubah suai rumah atau petak rumah kediaman
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut untuk memudah urusan permohonan anda:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) yang telah disahkan
- Slip Gaji Asal / e-Penyata Gaji atau Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen yang telah disahkan
- Surat Iringan Ketua Jabatan
- Borang Permohonan Pinjaman / Pembiayaan SPPB yang disahkan termasuk
- Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful
- Borang 2 – Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman Perumahan Serta Faedah
- Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan Di Malaysia
- Salinan Sijil Kelahiran Anak
CARA PERMOHONAN PINJAMAN LPPSA
Sekiranya anda ingin membuat permohonan, berikut adlaah merupakan caranya:
- Layari pautan LPPSA: lppsa.gov.my
- Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna kali pertama hendaklah mendaftarkan ID Pengguna terlebih dahulu.
- Kepada pengguna yang baru didaftarkan, anda dikehendaki untuk mengemaskini butiran seperti berikut:
- Maklumat Peribadi
- Alamat Kediaman
- Maklumat Keluarga
- Maklumat Pekerjaan
- Setelah lengkap kembali ke halam utama yang akan memaparkan jenis pembiayaan yang boleh dipillih:
- Permohonan Individu
- Permohonan Bersama
- Bagi permohonan baru, anda akan diminta untuk memasukkan butir-butir berikut:
- Maklumat Awal Pembiayaan
- Maklumat Perkhidmatan
- Pendapatan dan Komitmen
- Maklumat Pembiayaan
- Pemilihan Insurans/Takaful
- Pengesahan
- Setelah lengkap klik pada butang Simpan dan Hantar.
KELULUSAN PEMBIAYAAN LPPSA
Jumlah kelulusan pembiayaan anda akan tertakluk kepada amaun penilaian terendah daripada penilaian berikut:
- harga hartanah;
- penilaian JPPH;
- amaun yang dimohon; atau
- kelayakan maksimum pemohon.
Nota: Status kelulusan akan dikemaskini di laman web dan boleh disemak oleh pengguna secara online.
PERBEZAAN PINJAMAN PERUMAHAN LPPSA VS BANK
Berikut adalah merupakan perbezaan antara kedua pembiayaan ini:
PERBEZAAN | LPPSA | BANK |
Fixed Interest Rate | Kadar pinjaman Tak Berubah | Kadar Pinjaman Berubah |
Margin Of Financing | 100% (kadar pinjaman penuh) | 90% daripada jumlah pembiayaan |
Progressive Payment | Tiada (dibuat pembayaran selepas siap sepenuhnya) | Ada (diperlukan membuat pembayaran sekiranya siap satu bahagian) |
Insurans MRTA/MRTT | Full Coverage (jumlah pembiayaan dan tempoh) | Boleh berubah mengikut kehendak peminjam |
Deposit/Down payment | Tiada | 10% jumlah pembiayaan |
Tempoh Pinjaman | Tempoh pinjaman 35 tahun sehingga umur 90 tahun | Tempoh pinjaman 35 tahun sehingga umur 70 tahun |
Laporan CCRIS | Tidak diperlukan | Diperlukan |
Bilangan Permohonan Pinjaman | Terhad 2 Kali sahaja (kena selesai pinjaman pertama terlebih dahulu) | Tiada Had. Bergantung kepada pendapatan anda |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan LPPSA ini, anda boleh layari website rasmi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
ARTIKEL LAIN
CARA BELI TANAH GUNA LOAN KERAJAAN (LPPSA)
1 thought on “PERMOHONAN PINJAMAN LPPSA (Kerja kerajaan & Nak Beli Rumah Property)”