TINTED KERETA (Cara Pilih & Check Harga Murah Terbaik)

TINTED KERETA (Cara Pilih & Check Harga Murah Terbaik)

TINTED KERETA

Kepada pengguna kenderaan 4 roda, semestinya anda ingin memasang tinted cermin kenderaan anda bagi tujuan hindar kepanasan, kecurian, keselamatan dan sebagainya. Terkini penggunaan tinted kereta menjadi pilihan ramai, sudah semestinya untung memasngnya anda ingin mengetahui pilihan tinted terbaik dengan harga berpatutan. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai tinted kereta, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU PASANG TINTED

Semestinya dengan keadaan suhu purata di Malaysia sekitar 28˚C hingga 35˚C hampir sepanjang tahun, ia akan menyebabkan pengguna kenderaan ingin memasang tinted kereta. Selain itu juga ianya untuk keselesaan dan keselamatan sepanjang pemanduan.

 

JENIS KOD TINTED KERETA

Terdapat beberapa jenis kod tinted yang ada antaranya:

  • VLT Tinted
  • IR Tinted
  • CV Tinted

 

PERBEZAAN TINTED VLT TINTED, IR TINTED DAN UV TINTED

Berikut adalah merupakan perbezaannya:

  1. Peratusan Ketelusan Cahaya atau Visible Light Transmission (VLT)
    • Ianya merujuk pada kadar peratusan cahaya yang dapat menembusi cermin kereta anda.
    • Semakin rendah peratus tinted, semakin gelap tingkap cermin kereta anda kerana semakin sedikit amaun cahaya yang dapat menembusinya.
    • Sekiranya ketelusan cahaya 5% warna tinted adalah lebih gelap berbanding penggunaan tinted ketelusan cahaya sebanyak 80 peratus.
  2. Sinaran Inframerah atau Infrared (IR)
    • Ianya merujuk pada jumlah haba yang dapat menembusi cermin kereta anda.
    • Semakin tinggi nilai IR tinted, semakin kurang tahap kepanasan di bahagian dalam ruang kabin kenderaan
  3. Sinaran Ultraungu atau Ultraviolet (UV)
    • Ianya merujuk pada bahagian spektrum gelombang elektromagnet yang dipancarkan oleh matahari.
    • Nilai UV tinted menunjukkan peratusan UV yang boleh menembusi cermin kenderaan anda.
    • Semakin tinggi peratusan UV tinted dicatatkan, semakin tinggi kualiti tinted kenderaan anda.

 

FAKTOR PEMILIHAN TINTED KERETA

Berikut adalah merupakan faktor yang boleh dilihat sebelum memilih tinted yang bersesuaian:

  1. Perlindungan Asas
    • Mempunyai perlindungan UV (tinted UV) dan penangkis haba.
  2. Penggunaan Bahan Api
    • Tinted berkualiti dapat meminimumkan sinaran cahaya matahari daripada menembusi cermin kenderaan anda.
    • Ia sekali gus dapat mengurangkan dan menjimatkan penggunaan bahan api untuk menyejukkan dalaman kenderaan anda
  3. Keselamatan
    • Mempunyai ciri keselamatan yang dapat menahan serpihan cermin kereta yang retak atau pecah daripada berderai apabila terkena seseuatu impak.
    • Penggunaan cermin gelap juga dikatakan dapat mengurangkan risiko jenayah.
  4. Jaminan dan Waranti
    • Mempunyai jaminan perlindungan dan waranti daripada pihak pengeluar. Ini

 

SENARAI TINTED KERETA TERBAIK

Berikut adalah merupakan senarai tinted yang terbaik

  1. Tinted Jenis Celup (Dyed Window Tint Film)
  2. Tinted Jenis Logam (Metalize Window Tint Film)
  3. Tinted Jenis Hibrid (Hybrid Window Tint Film)
  4. Tinted Jenis Karbon (Carbon Window Tint Film)
  5. Tinted Jenis Seramik (Seramic Window Tint Film)

 

KADAR HARGA TINTED KERETA

Kadar harga tinted tidak dapat dinyatakan dengan jelas kerana ianya bergantung pada:

  • Jenis pemilihan tinted
  • Jenis kenderaan
  • Pemilihan pasangan pada cermin sama cermin depan, cermin belakang, cermin sisi atau kesemua cermin kereta

Walaubagaimana pun anggaran pasangan tinted pada harga minimum adalah RM50 sehinggan Maksimum RM1000.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar peratusan pemasangan tinted melepasi syarat yang telah ditetapkan, anda boleh melayari webiste rasmi JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA REPAIR CERMIN KERETA RETAK (DIY Baiki Bahan Kos)

 

4 thoughts on “TINTED KERETA (Cara Pilih & Check Harga Murah Terbaik)”

Leave a Comment