CARA BATALKAN INSURANS POLISI INSURANS KERETA (Tukar Syarikat Lain)

CARA BATALKAN INSURANS POLISI INSURANS KERETA (Tukar Syarikat Lain)

CARA BATALKAN POLISI INSURANS KERETA

Kepada anda yang ingin membatalkan insurans polisi kereta sebelum tamat tempoh atas sebab-sebab tertentu, semestinya anda ingin mengetahui caranya kan. Jangan bimbang, disini kami akan kongsikan kepada anda cara batalkan insuran polisi yang lama, semoga membantu.

 

APA ITU INSURANS POLISI KERETA

Insurans kereta adalah sejenis perlindungan yang perlu dibeli oleh pemilik kereta bagi melindungi pemandu atau pihak ketiga daripada sebarang risiko tuntutan kerosakan atau kerugian.

 

BOLEH KE BATALKAN INSURANS KERETA

  • Ia adalah boleh. Anda boleh membuat pembatalan insurans bagi beberapa tujuan tertentu. Ia merupakan hak anda sebagai pengguna atau client walaupun anda sebelum ini beli insuran kereta online.

 

JENIS INSURANS KERETA

Terdapat tiga jenis insurans kereta di Malaysia, iaitu

  • Komprehensif (1st party)
  • Pihak Ketiga (3rd party)
  • Pihak Ketiga (3rd party), termasuk Kebakaran dan Kecurian

 

KATAGORI BATALKAN INSURANS KERETA

Terdapat dua katagori batalkan insurans kereta iaitu:

  • Tukar syarikat insurans kereta sebaik sahaja insurans kereta lama telah pun tamat tempoh
  • Tersalah mengambil insurans kereta berdasarkan tawaran yang syarikat insurans kereta berikan.

 

ANTARA FAKTOR BATALKAN INSURAN POLISI KERETA

Terdapat beberapa faktor yang akan menyebabkan anda ingin batalkan polisi insurans anda antaranya:

  1. Inginkan sesuatu kelebihan yang ditawarkan sesebuah syarikat insuran kereta baharu tetapi tiada pada syarikat insuran kereta yang lama
  2. Ingin menukar jenis pilihan insurans kereta contohnya dari plan 1st party untuk ke 3rd party dari syarikat insurans yang berbeza
  3. Ingin menjual kereta tersebut.
  4. Ingin menukar syarikat insurans atas sebab tertentu.

 

SYARAT BATALKAN INSURANS KERETA

  • Untuk makluman, tiada sebarang syarat yang dikenakan. Tetapi anda perlu untuk mengurusakan dan menyelesaikannya sendiri.

 

CARA BATALKAN INSURANS KERETA YANG TAMAT TEMPOH

  • Sebaik sahaja insurans kereta anda hampir atau telah tamat, anda boleh terus menghidupkan insurans kereta dengan berbeza syarikat insurans kereta dari sebelum ini seperti biasa.

 

CARA BATALKAN INSURANS KERETA YANG BELUM TEMPOH

Berikut adalah merupakan cara untuk batalkan insurans kereta yang belum tamat tempoh iaitu:

  1. Anda perlu membatalkan roadtax kereta yang sedia anda terlebih dahulu di Jpj.
  2. Seterusnya, anda perlu ke cawangan insurans yang sedang anda gunakan.
  3. Anda boleh membuat refund bagi tempoh insurans yang berbaki. Kalau ada lagi 10 bulan, maka wang anda akan dikembalikan mengikut terma dan syarat sesebuah syarikat insurans.
  4. Bawakan dokumen seperti surat pembatalan roadtax, kad pengenalan anda dan polisi insurans ke branch insurans tadi.
  5. Pemulangan duit akan dibuat paling awal 3 minggu dan ke atas.

 

CARA BATALKAN INSURAN KETERA ETIQA

Sekiranyan anda menggunakan pekhidmatan insurans Etiqa, berikut adalah merupakan cara batalkan insuran lama anda

  1. Batalkan terlebih dahulu roadtax kenderaan anda. Proseder pembatalan insuran boleh buat sebaik saja roadtax telah dipulangkan ke Jpj.
  2. Bawa juga dokumen seperti salinan kad pengenalan dan juga salinan penyata bank (bagi tujuan refund)
  3. Hadir ke cawangan etiqa berhampiran anda
  4. Urusan pembatalan insuran ini adalah sama seperti batal roadtax.
  5. Perlu diingatkan duit refund akan di transfer kepada anda dalam masa 2 hingga 4 minggu.

 

ARTIKEL LAIN

COVER NOTE INSURANS HILANG (CARA DAPATKAN SEMULA)

3 thoughts on “CARA BATALKAN INSURANS POLISI INSURANS KERETA (Tukar Syarikat Lain)”

Leave a Comment