CARA WITHDRAW DUIT TnG eWALLET GUNA KAD VISA TOUCHnGO (Mesin ATM CDM)

CARA WITHDRAW DUIT TnG eWALLET GUNA KAD VISA TOUCHnGO (Mesin ATM CDM)

WITHDRAW DUIT TnG eWALLET

Kepada anda yang memiliki kad fizikal terbaru iaitu Kad Visa Prabayar Touch ‘n Go atau nama singkatannya kad GOVisa, semestinya anda mengetahui kelebihan yang tersedia. Antaranya adalah anda boleh withdraw duit dalam TnG eWallet di ATM. Kepada anda yang ingin keluarkan duit dalam TnG eWallet menerusi kad visa, disini kami akan kongsikan caranya. Semoga membantu.

 

APA ITU KAD VISA TnG

Kad Visa Touch ‘n Go adalah kad prabayar yang dipautkan (link) kepada baki Touch ‘n Go eWallet. Produk ini juga merupakan Kad Visa prabayar dan tanpa nombor (numberless card) pertama di Malaysia.

 

KELEBIHAN KAD VISA TnG

Berikut adalah merupakan kelebihan yang anda akan perolehi iaitu:

  • Membuat pembayaran di kedai-kedai dan restoran yang menyediakan perkhidmatan Touch N Go.
  • Boleh digunakan di serata negara untuk pembelian produk dan perkhidmatan yang menerima pembayaran Visa.
  • Boleh keluarkan wang tunai dari mana-mana ATM yang mempunyai jaringan Visa Plus.

 

FUNGSI KAD VISA TnG

Berikut adalah merupakan antara fungsi kad visa ini iaitu:

  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara, secara atas talian, serta di mana-mana premis yang menerima transaksi menggunakan Kad Visa.
  • Menggunakan baki dalam eWallet Tng
  • Digunakan untuk membuat pembayaran parking
  • Boleh dapatkan menerusi aplikasi Touch n Go eWallet.

 

KADAR CAJ WITHDRAW DUIT TnG eWALLET GUNA KAD VISA TOUCHnGO

Setiap transaksi pengeluaran duit di ATM yang berjaya akan dikenakan kadar cas sebanyak RM1.40 yang akan dipotong terus menerusi duit dalam TnG eWallet anda.

 

CARA WITHDRAW DUIT TnG eWALLET DI MESIN ATM

Sekiranya anda inginkan keluarkan duit dalam eWallet TnG anda menggunaka kad Visa, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM berhampiran anda
  2. Masukkan kad visa tersebut pada mesin tersebut
  3. Pilih bahasa yang anda inginkan
  4. Masukkan no pin Kad Visa TnG anda
  5. Anda juga boleh klik pada Semak Baki untuk menyemak baki kemudian klik pada Akaun Semasa. Paparan baki dalam eWallet TnG anda akan tertera
  6. Seterusya klik pada Pengeluaran Wang Tunai dan pilih Akaun Semasa
  7. Masukkan jumlah amaun yang anda ingin keluarkan dan tunggu sehingga duit anda keluar
  8. Selesai

NOTA: Untuk pengetahuan anda, akaun TnG eWallet adalah merupakan akaun Semasa. Pastikan anda pilih akaun Semasa dan bukannya Akaun Simpanan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai limit dan caj Kad Visa Touch n Go, anda boleh melayari portal rasmi Touch n Go

ARTIKEL BERKAITAN:

2 thoughts on “CARA WITHDRAW DUIT TnG eWALLET GUNA KAD VISA TOUCHnGO (Mesin ATM CDM)”

Leave a Comment